Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas didedahkan di Thailand dan Singapura, Toyota Camry generasi ke-9, Camry XV80 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan UMW Toyota Motor menerusi halaman Facebooknya.

image.png

Berdasarkan imej teaser, kami boleh mengesahkan bahawa kereta salun bersaiz pertengahan ini akan membuat penampilan sulungnya pada Pameran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Untuk kedua-dua pasaran di negara jiran itu, Camry XV80 yang didatangkan dalam satu varian disumbat dengan enjin petrol 2.5 liter.

image.png

Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat 186 PS dan 221 Nm. Enjinnya yang digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 136 PS dan kotak gear e-CVT mampu menghasilkan kuasa keseluruhan setakat 227 PS untuk memacu roda depan.

Selain hibrid, Camry XV80 turut ditawarkan dalam versi petrol sepenuhnya. Ia menggunakan enjin petrol Dynamic Force 2.0 liter atau 2.5 liter, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 173 PS hingga 197 PS, namun bergantung kepada pasaran

Memandangkan kedua-dua pasaran Thailand dan Singapura mendapat barisan hibrid penuh, mungkin kita juga berharap bahawa  UMWT melakukan perkara yang sama untuk Camry yang dibawa ke Malaysia.

Menjengah bahagian luarannya, Camry XV80 diberikan muka signatur jerung hammerhead terkini Toyota  seperti mana dengan Prius baharu.

Ia juga dilengkapi dengan  lampu hadapan dan lampu belakang jenis LED yang tajam dan berbentuk C, manakala kedudukan gril hadapannya agak  rendah.

image.pngimage.png

Selain itu, gaya badannya bersegi tiga dan dipadankan dengan roda aloi bersaiz 18 inci.

Dari segi dimensi, ia menampilkan dimensi 4,920 mm panjang, 1,840 mm lebar, 1,455 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,825 mm.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, Camry baharu ini bukan sahaja menawarkan keselesaan  tetapi ia cukup sarat dengan pelbagai  teknolog canggih.

Antaranya ialah skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada lapan arah, ada paparan HUD, bumbung panaromik, kerusi depan berventalisasi dan keempat-empat tingkap mempunyai pelindung matahari kawalan kuasa.

image.png

Difahamkan, ada beberapa perkara ditambah baik dari segi keselamatan dimana ia kini hadir dengan sistem bantuan ADAS yang ditambah dengan ciri Kawalan Jelajah Radar Dinamik dengan pengurangan kelajuan.

Terdapat juga pengesan titik buta, amaran lintasan trafik belakang , pra pelanggaran, amaran keluar lorong, bantuan pengesan lorong dan sebenarnya ada banyak lagi.

image.pngimage.png

Di pasaran Thailand, Toyota Camry generasi kesembilan dijual pada harga 1.45 juta bhat (RM187,657) dimana varian Premium Luxury berharga 1.789 juta bhat (RM231,530).

Sekiranya kita mendapat Camry spesifikasi dan buatan Thailand, maka kita boleh menjangkakan model  dibawa ke Malaysia juga akan dijual pada harga yang sama.

image.png

Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember ini  di MITEC, Kuala Lumpur, di mana ia akan menjadi pentas bukan sahaja untuk Camry baharu untuk membuat penampilan sulung tetapi kereta konsep dan barisan kenderaan elektrik.

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Toyota Camry
Toyota Camry Hybrid
KL International Motor Show (KLIMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026