Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Had Laju Diturunkan Daripada 90km/j Kepada 80 km/j

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan telah menurunkan had laju daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j di semua jalan Persekutuan di seluruh negara sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penurunan sementara had laju selama enam hari sepanjang Op Bersepadu itu bertujuan meminimumkan risiko kemalangan jalan raya.

"Sepanjang tempoh itu, kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara supaya tidak mengganggu aliran trafik, manakala kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang sebaiknya.

image.png

"Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan supaya tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi dituju," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, had laju itu diturunkan sehingga 2 Februari sahaja.

Malah, bagi memastikan kelancaran lebuh raya, kerajaan juga telah turut mengarahkan syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Januari hingga 3 Februari ini.


Gallery

Tag:

had laju
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Had Laju Sedia Ada Kekal, Tiada Perubahan Buat Masa Ini – KKR

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan bahawa tiada rancangan untuk memperkenalkan had laju minimum baharu.

31-07-2024
Berita Auto

Banyak Kemalangan, Had Laju Perlu Turun

Cadangan itu dilihat berasas memandangkan banyak kes kemalangan.

15-07-2024
Berita Auto

Had Laju Dikurangkan 10 km/j

Langkah pengurangan had laju dilaksanakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

08-02-2024
Berita Auto

10 Lagi Jalan Raya KL Akan Dikenakan Had Laju 30 KM/J

10 lagi jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur akan dikenakan had laju maksimum 30 km/j.

15-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026