Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu Tayar Celup Tiada Kesudahan

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Percaya atau tidak, tayar celup dikatakan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha kenderaan berat.

Ini kerana harganya yang jauh lebih murah, sekali gus dikatakan mendominasi 80 peratus pasaran tayar kenderaan perdagangan.

Untuk itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Lori Tipper Malaysia, Datuk Michael Loo Leep Chye mendesak supaya satu kajian dijalankan dengan segera.

"Tayar-tayar dengan harga lebih murah ini berada dalam pasaran kerana terdapat permintaan daripada pemilik syarikat yang mahu mengurangkan kos operasi mereka. Kita mahukan kajian dan penggunaannya perlu dipantau bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan," katanya kepada Bernama.

Untuk makluman, harga bagi tayar bersaiz 215-75-17.5 yang banyak digunakan lori jenis trailer adalah dalam lingkungan RM1,000 sebiji bagi tayar dengan kualiti terbaik, manakala RM350 bagi tayar celup.

Loo berkata, pemantauan kualiti tayar amat penting memandangkan pengusaha kenderaan perdagangan ketika ini menggunakan tayar kualiti terbaik pada dua tayar hadapan, sementara tayar murah dan tayar celup menjadi pilihan mereka bagi tayar belakang.

image.png

Sebaliknya, Presiden Persatuan Pengilang Tayar Celup Malaysia (TRMAM), Wong Jin How, pula melihat kualiti tayar celup tidak wajar dipertikaikan memandangkan penghasilan tayar celup bagi kenderaan berat oleh syarikat tempatan perlu mematuhi piawaian ketat yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan ia selamat digunakan di jalan raya


Gallery

Tag:

Tayar celup
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Perhalusi Syarat Tambahan Pemeriksaan Kenderaan, Salah Satu Tayar

Pelabelan tayar akan menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

14-02-2025
Berita Auto

Tidak Boleh Guna Tayar Celup Yang Tak Patuhi Standard Mandatori! Sebab Bahaya

Isu tayar kitar semula bukan perkara baharu kerana ramai pengguna jalan raya di negara ini lebih mementingkan soal kos, berbanding nyawa diri sendiri.

13-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026