Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Op Sepadu Tahun Baharu Cina: 1,106 Kenderaan Diperiksa, Ini Kesalahan Paling Tinggi...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengarah-Director-JPJ-KL-Hamidi-Adam_RTM.jpg


Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam (Sumber: RTM)


Dalam operasi besar-besaran, Op Sepadu Tahun Baharu Cina, yang diadakan baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur  telah memeriksa sejumlah 1,106 buah kenderaan dan sebanyak 124 kenderaan dikenakan tindakan. Daripada jumlah tersebut, lapan motosikal dan tiga kereta disita. 


Operasi yang berlangsung di Jalan Raja Laut dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu turut berjaya mengesan sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Kesalahan Paling Tinggi


Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, memaklumkan bahawa kesalahan paling banyak dikesan adalah tiada lesen memandu, dengan 103 kes direkodkan. Selain itu, kesalahan lain yang dikenakan tindakan termasuk:

Secara keseluruhan, sebanyak 253 notis saman telah dikeluarkan sepanjang operasi itu.


Seruan Mematuhi Undang-Undang Jalan Raya


JPJ-Saman-16k-(2).jpg


Pemeriksaan JPJ (Gambar hiasan)


Hamidi turut menyeru semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.


“Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.


Baca: "Tak Boleh Perbaharui Lesen & Cukai Jalan Kalau Tak Selesai Saman Bermula Julai Ini." – JPJ


Kempen Keselamatan Sempena Musim Perayaan


Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha menyokong kempen keselamatan jalan raya bertemakan "Pandu Cermat, Jiwa Selamat, Sampai dengan Selamat.” Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba minggu depan.


Kerjasama Pelbagai Agensi


Operasi bersepadu ini melibatkan kerjasama antara beberapa agensi penguatkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). 

Sumber: RTM

Tag:

Op Sepadu
Op Sepadu Tahun Baharu Cina
Tahun Baharu Cina
JPJ
JPJ KL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

OP Selamat 25: Jangan Pandu Dalam Keadaan Letih, Boleh Dikenakan Tindakan Tegas

Memandu dalam keadaan letih adalah antara enam kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas.

12-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, 'Jammed' Bermula Khamis Ini Sebab Cuti Panjang

PLUS sudah bersedia menghadapi lonjakan trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijangka bermula seawal Khamis ini.

10-02-2026
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: Diskaun Tol 50% Bermula 14, 15 Feb Ini

Diskaun tol 50% bermula 14 hingga 15 Februari ini.

09-02-2026
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: Pulau Pinang Sesak

Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.

26-01-2025
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: Kerajaan Setuju Beri Diskaun Tol

Kerajaan mengumumkan diskaun 50 peratus bagi kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

24-01-2025
Berita Auto

Ini Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Elak Sesak Sempena Tahun Baharu Cina

AFA PRIME Berhad telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) serta langkah keselamatan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

23-01-2025
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: 2.6 Juta Kenderaan Sehari Guna Lebuh Raya

Kesesakan akan bermula dari 24 hingga 28 Januari 2025.

22-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026