Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petron Lakar Sejarah, Buka Stesen Yang Ke-800, Tahniah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Petron Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila membuka tesen minyak yang ke-800 di Petron Pedas-Linggi Layby Southbound, Lebuhraya Utara-Selatan PLUS.

Stesen seluas 4,047 kaki persegi itu direka untuk memenuhi keperluan para pemandu setempat mahupun pemandu jarak jauh yang menuju ke arah Selatan.

Ia juga dibuka tepat pada masanya bagi menampung peningkatan trafik sempena cuti persekolahan serta perayaan yang akan datang pada Januari ini. 

image.png

Stesen minyak menyediakan pelbagai tawaran di dalam kedai Treats seperti Dunkin, Costa Coffee dan Automated Teller Machine (ATM), selain menawarkan bahan api yang berkualiti seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95 Euro 4M, Turbo Diesel Euro 5 and Diesel Max Euro 5.

Stesen minyak ini juga merupakan stesen Petron pertama yang dilengkapi dengan kioks Quick Treats di mana  pelanggan boleh membeli minuman dan makanan ringan dengan mudah dan cepat.

image.png

Sementara itu, Pengurus Besar Petron Malaysia, Mohd Nizam Mansor berkata, pembukaan stesen minyak yang ke-800 itu menandakan pengakhiranyang hebat buat tahun 2024.

Ini membuktikan komitmen kami dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada lebih ramai rakyat Malaysia selain daripada memenuhi keperluan bahan api mereka,” katanya.

Dalam perkembang lain, Petron Malaysia turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi minyak percuma selama setahun. 

Kempen yang diadakan di seluruh negara ini telah berlangsung sejak 1 Disember lalu dan akan berakhir pada  31 Mac ini.

Para pelanggan yang membeli petrol bernilai minimum RM250 dan mendaftarkan Kad Petron Miles mereka atau Aplikasi Mudah Alih Petron, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah petrol yang bernilai lebih daripada RM200,000 (tertakluk kepada Terma dan Syarat).

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.petronmiles.com.my/home. 

Gallery

Tag:

Petron Malaysia
PLUS Pedas-Linggi Layby Southbound
Stesen Petron
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

04-04-2024
Berita Auto
Halang Kereta Di Lebuhraya PLUS, Ejen Tarik Kereta Dicekup

Halang Kereta Di Lebuhraya PLUS, Ejen Tarik Kereta Dicekup

Polis menahan seorang suspek yang juga pemilik kenderaan yang disyaki menghalang lalu lintas di Lebuh raya PLUS.

03-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026