- Berita
- Berita Auto
- Pusat 3S Jaecoo Kini Di PJ
Jaecoo Malaysia baru sahaja membuka Pusat 3S di Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Lokasinya yang strategik dikatakan dapat memenuhi keperluan pelanggan dari kawasan sekitar seperti Bandar Utama, Damansara, Mont Kiara, Hartamas, Bangsar, TTDI dan Petaling Jaya.
Fasiliti yang dikendalikan oleh EVENERGY Auto Sdn Bhd menawarkan kemudahan 3S (Sales, Service & Spare Parts) dan terdapat juga sebuah pusat servis satelit berkeluasan 6,000 kaki persegi.
Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata, pihaknya sedang mentakrifkan semula kemewahan yang boleh dicapai dalam pasaran.
“Ia diterapkan daripada reka bentuk kenderaan, pengedar sehinggalah kepada pengalaman pemilikan yang luar biasa untuk pelanggan,” katanya.
Untuk makluman, fasiliti baharu ini turut mempamerkan barisan SUV premium JAECOO, termasuk JAECOO J7 dan C9 dalam varian AWD dan 2WD.
Maka, Jaecoo Malaysia turut menjangkakan lebih 300 pengunjung setiap bulan, yang mana pusat 3S ini dikendalikan oleh pasukan penasihat jualan profesional yang akan memberi penerangan produk dan mengatur sesi pandu uji.
Selain itu, terdapat juga ruang lounge eksklusif, lengkap dengan akses internet berkelajuan tinggi, kemudahan kopi dan teh, serta suasana moden.
Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan lima ruang servis yang dilengkapi peralatan moden, gudang alat ganti asli JAECOO.
Untuk keterangan lanjut, layari www.jaecoo.com.my.
Gallery





Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari