Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Suzuki Luaskan Jejak Bermula Tahun Ini – Enam Lokasi Baharu, Penang Sudah Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-4.jpg


Pengimport dan pengedar kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd, merancang untuk memperluaskan rangkaian cawangannya di seluruh negara tahun ini. Langkah ini dimulakan dengan pembukaan rasmi bilik pameran baharu Suzuki di Georgetown, Pulau Pinang.


Bilik pameran yang terletak di Jalan Anson, ibu negeri Pulau Pinang ini merupakan cawangan Suzuki yang ketiga di bawah Naza Eastern Motors selepas pembukaan cawangan utama di Petaling Jaya dan pusat 3S di Johor Bahru. 


Cawangan Yang Strategik & Serba Lengkap


20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-30.jpg20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-18.jpg20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-13.jpg


Peminat jenama Suzuki di Pulau Pinang kini boleh melawat bilik pameran berkeluasan 7,000 kaki persegi yang luas, selesa dan canggih, dilengkapi dengan paparan interaktif. Menurut Naza Eastern Motors, bilik pameran ini memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan sambil menyediakan pengalaman pembelian kereta yang lancar.


“Pembukaan bilik pameran ini bukan sahaja untuk memperluaskan kehadiran kami, tetapi juga mengukuhkan hubungan dengan pelanggan setia kami melalui pengalaman bertaraf dunia,” kata Pengerusi Naza Automotive Group, Datuk Jasmy Ismail semasa majlis pelancaran rasmi cawangan ini di Pulau Pinang.


Rancangan Perluasan Rangkaian Cawangan


20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-27.jpg


Datuk Jasmy turut mendedahkan bahawa rangkaian Suzuki akan terus berkembang dengan cawangan baharu yang dirancang untuk dibuka di Kuching, Klang, Muar, Langkawi dan Labuan pada tahun ini. Langkah ini, katanya, akan memperkukuh komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Suzuki di seluruh negara.


Walaupun lokasi ini telah disahkan, tiada garis masa khusus didedahkan untuk pembukaan setiap cawangan. Namun begitu, pengumuman ini hadir sebagai berita baik, terutama dengan kemungkinan pelancaran produk baharu dari Suzuki, termasuk eVitara iaitu model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama Jepun ini.


Model Suzuki Yang Ditawarkan Di Malaysia 


20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-22.jpg20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-12.jpg20250124---Suzuki-Penang-Showroom-Launch_Press-20.jpg


Buat masa ini, Naza Eastern Motors menawarkan tiga model Suzuki di pasaran Malaysia iaitu Jimny tiga pintu yang dijual dari harga RM158,900, Jimny lima pintu dari RM199,950, serta Swift Sport yang berharga RM130,900 atau RM145,900 untuk edisi khas Silver Edition.

Baca: [PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu

Baca: Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Rasmi di Malaysia – Lebih Luas! Dari RM199,950

Tag:

Suzuki
Suzuki Pulau Pinang
Suzuki Penang
Bilik Pameran Suzuki
Suzuki Georgetown
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

26-12-2025
Global

19-10-2025
Global

23-09-2025
EV

19-08-2025
Global

20-06-2025
Berita Auto

26-05-2025
Global

04-02-2025
Global

31-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026