Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tol Percuma Untuk B40, M40 Tetapi Lain Pula Kata TPM!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemberian tol percuma sempena musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya, kata

Menurutnya, Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menghentikan pemberian tol percuma itu susulan cadangan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, memandangkan kerajaan juga terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

image.png

Walaupun pampasan itu tidak diberikan secara tunai, katanya, tempoh konsesi tol terpaksa dipanjangkan.

"Langkah itu bukan saja membebankan kerajaan tetapi juga gagal mengurangkan kesesakan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika  kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

Namun timbul pula andaian bahawa tol percuma atau diskaun kemungkinan besar hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40, melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) nanti.

Itu antara jangkaan dilaksanakan kerajaan susulan tindakan menamatkan pemberian tol secara percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.

image.png

Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata PADU yang dibangunkan sebagai repositori data nasional, boleh digunakan untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat.

"Dengan pengumuman pendekatan yang lebih bersasar dalam pemberian tol percuma, terdapat beberapa jangkaan terhadap pelaksanaan langkah ini.

"Salah satunya ialah kerajaan mungkin memperkenalkan mekanisme khas yang memberikan tol percuma atau diskaun hanya kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40," katanya kepada Berita Harian.


Gallery

Tag:

Tol percuma
B40
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tol Percuma Musim Perayaan Untuk Tahun Depan, Masih Belum Diputuskan

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkenaan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan untuk tahun depan.

25-07-2025
Berita Auto

Musim Perayaan: Tiada Tol Percuma Tetapi Ada Diskaun Tol 50%

Kerajaan terpaksa memansuhkan pemberian tol percuma demi menjimatkan kos.

04-02-2025
Berita Auto

Tol Percuma Sempena Perayaan Tidak Lagi Ditawarkan – 2024 Tahun Akhir, Jimat Kos

Tiada lagi tol percuma sempena hari raya setelah kerajaan memutuskan untuk menghentikan inisiatif yang sebelum ini diadakan setiap tahun.

21-01-2025
Berita Auto

Krismas: Kerajaan Umum Tol Percuma 23, 24 Dis 2024

Pemberian tol percuma bermula dari 12.01 tengah malam, 23 Disember 2024 (Isnin) sehingga 11.59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa).

21-12-2024
Berita Auto

Deepavali: Tol Percuma Di Semua Lebuhraya Bermula 29 Hingga 30 Okt

Pengguna lebuh raya bakal menikmati tol percuma bermula 29 dan 30 Oktober ini bagi menyambut Deepavali.

28-10-2024
Berita Auto

Hari Kebangsaan Tol Percuma Sebulan Tapi Hanya Di Lebuhraya WCE Seksyen 1

Pemberian tol percuma itu diberikan bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 29 September nanti.

30-08-2024
Berita Auto

SAH! Tol Percuma Lagi

Dasar tol percuma tetap diteruskan untuk Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

28-03-2024
Berita Auto

Tol Percuma 2 Bulan Sempena Pembukaan Seksyen 11 WCE

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dibuka kepada orang ramai.

11-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026