Link Copiedcheck_circle
EV

BMW Buka 6 Stesen Pengecas EV Di KL, Putrajaya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia telah membuka enam stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di sekitar  Putrajaya dan Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Untuk makluman, terdapat empat kemudahan pengecas EV di Putrajaya, yang dibangunkan dengan kerjasama Gentari dan DC Handal.

Selain itu, dua lagi kemudahan pengecas turut didirikan di Jalan Ampang dan Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, dengan kerjasama ChargeEV dan ChargeSini.

Berikut adalah perinciannya:

Screenshot-2025-02-21-161937.png

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel menyifatkan sebagai pengeluar EV premium di Malaysia, pihaknya cukup komited untuk menyokong Malaysia dalam usaha ke arah Masa Hadapan Mobiliti. 

“Pembukaan kemudahan pengecas tambahan di Putrajaya dan Kuala Lumpur bukan sahaja meningkatkan kemudahan bagi pemilik EV di kawasan sibuk tetapi juga menyokong visi kami terhadap masa hadapan yang dipacu oleh teknologi berasaskan elektrik,” katanya.

image.pngimage.png

Setakat ini, BMW menyokong lebih daripada 2,020 rangkaian kemudahan pengecas di seluruh negara, bagi memastikan pemilik EV mempunyai akses kepada kemudahan pengecas yang mudah.

image.png

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian pengecas BMW Group Malaysia, layari: https://www.bmw.com.my/en/electric-cars/electric-car-charging/public-charging.html.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026