Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bosch Lancar 8 Produk Alat Ganti Terbaharu

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Bosch Mobility Aftermarket (MA) memperkenalkan lapan produk alat ganti kenderaan terbaharunya semalam.

Antara lapan  produk yang diperkenalkan itu adalah wiper cermin TL, bateri EFB 1, pengecas bateri C70B, palam pencucuh EVO, minyak brek, kompaun brek cakera, bendalir brek ENV6 dan pad brek seramik.

1. WIPER CERMIN TL:

image.pngimage.png

Direka untuk ketahanan yang lebih tinggi dan kebolehsuaian lebih baik bagi kenderaan baharu buatan Jepun. 

Proses pengelapan yang lebih senyap dalam apa jua keadaan cuaca

image.png

2. BATERI EFB 1 (M42R)

Direka untuk kenderaan mula-henti (start-stop) dan diuji hingga 36,000 kitaran.

Berkuasa tinggi dengan 400 Cold Cranking Amps (CCA) dan 40 Amp Hours (Ah) untuk jangka hayat lebih lama.


3. PENGECAS BATERI

Pengecasan cekap dengan mod sokongan binaan dalaman untuk meningkatkan aspek penggunaan. 

Pengecasan pintar dengan tetapan memori tersedia. 

Ketahanan kalis air IP65 yang diperakui dan pengecasan automatik menerusi satu butang yang intuitif.

4.PALAM PENCUCUH EVO

image.pngimage.png

Jangka hayat lebih lama hasil penggunaan pin iridium dan plat platinum untuk menawarkan prestasi optimum.

Struktur mekanikal dan elektrik teguh untuk ketahanan lebih baik dan keupayaan dielektrik tinggi.

Rekabentuk penebat dipertingkat dan salutan nikel untuk perlindungan kakisan lebih baik.

5. MINYAK ENJIN 

image.png

Direka untuk memberi pelinciran prestasi tinggi untuk kecekapan enjin optimum dalam semua kondisi.

Mengoptimum kecekapan untuk penjimatan bahan api lebih baik dan tahap penggunaan lebih rendah.

Melindungi sistem ekzos, mengurangkan emisi dan mengekalkan kestabilan pelinciran.

6. PAD BREK SERAMIK

Bahan plat sokongan berkekuatan tinggi untuk mengurangkan lenturan pad dan direka khas untuk kenderaan buatan Malaysia. 

Reka bentuk pemipis penahan bunyi untuk saringan bunyi yang lebih baik. 

Formulasi geseran yang sepadan dengan kenderaan untuk keberkesanan brek dalam semua keadaan.

7. KOMPAUN BREK CAKERA

Mengurangkan berat kenderaan dan jisim bebas suspensi untuk meningkatkan keselesaan dan kawalan pemanduan. 

Kapasiti haba dan keraliran udara panas dipertingkatkan yang membolehkan aspek penyejukan lebih pantas.

Memenuhi dan menjangkaui piawaian ECER 90 serta dibangunkan untuk kenderaan Continental.

image.png

8. BENDALIR BREK ENV6

Sesuai untuk DOT3, DOT4, DOT5.1 dan Class6 dengan sifat anti-kakisan. 

Jangka hayat servis yang lebih panjang dan memenuhi piawaian OE.

Dibangunkan untuk kenderaan Continental dan sesuai bagi kegunaan kenderaan buatan Jepun untuk prestasi brek yang lebih baik.

image.png

Sementara itu, Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh berkata pihaknya  teruja memperkenalkan produk canggih itu  seiring dengan komitmen mereka untuk terus menawarkan produk yang terbaik daripada jenama yang telah dipercayai sejak lebih 100 tahun. 

“Keunggulan kualiti serta kepakaran industri yang menjadi nadi Bosch kini diperkukuh dengan hala tuju baharu kami, iaitu Driver’s Choice: Ask for Bosch. 

“Pendekatan ini bukan sekadar satu langkah ke hadapan dalam inovasi, tetapi juga bukti nyata dedikasi kami dalam menyediakan komponen automotif berkualiti tinggi serta teknologi canggih yang memenuhi jangkaan pelanggan kami," katanya.

Untuk keterangan lanjut, layari Automotive Workshop Equipment | Premium Tools | Bosch Aftermarket.

Gallery

Tag:

minyak enjin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026