Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaecoo J7 Terbakar, Ini Puncanya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa gambar Jaecoo J7 yang terbakar tular di media sosial pada minggu lepas dan punca kejadian disebabkan pemasangan kamera pemuka (dashcam) secara tidak betul oleh sebuah bengkel pihak ketiga.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Sarawak.

Menurut kenyataan dalaman yang diserahkan kepada pengedar Jaecoo menyatakan, pihak Jaecoo mengambil maklum kejadian kebakaran terpencil itu yang membabitkan sebuah SUV J7 terbakar  di sebuah lot parkir di Sarawak.

“Kami juga boleh mengesahkan bahawa kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda lain,” katanya. 

image.png

Dalam pada itu, Jaecoo mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak atas tindakan awal mereka yang cepat.

“Kami menasihatkan pelanggan bahawa demi keselamatan, elak daripada melakukan pengubahsuaian di pusat servis yang tidak bertauliah yang boleh membatalkan jaminan kenderaan Jaecoo anda. 

“Pastikan semua kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan oleh pusat servis Jaecoo yang dibenarkan sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa gambar yang tersebar itu menunjukkan cermin hadapan kereta itu meletup sehinggakan menampakkan kerangka papan pemuka.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, setakat ini, Jaecoo Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media.

Gallery

Tag:

Jaecoo Malaysia
Jaecoo 7
Jaecoo J7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Berita Auto

Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.

20-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Kereta Baru

Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

18-07-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025
Kereta Baru

Jaecoo J8 Dipertontonkan – CKD, Lancar Mei 2025

Jaecoo, hari ini telah mempertontonkan SUV flagship, Jaecoo J8, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai model CKD pada Mei 2025

26-03-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026