Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rakyat M'sia Suka Nombor Pendaftaran Unik, Sebab Itu Kerajaan Berjaya Kutip RM45.9 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, rakyat Malaysia sememangnya menyukai nombor pendaftaran unik seperti GOLD, FFF, EV, PETRA dan MADANI.

Disebabkan nombor pendaftaran unik itu, kerajaan berjaya mengutip RM45.9 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang memintanya menyatakan jumlah diperoleh kerajaan hasil jualan NPI pada tahun lalu.

Menurutnya, sebahagian hasil kutipan itu akan digunakan untuk menampung pelbagai program untuk membantu golongan yang memerlukan.

image.pngimage.png

Malah, kesemua hasil kutipan jualan NPI tahun lalu disalurkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan di bawah Kementerian Kewangan.

“Kemudiannya sebanyak 50% disalurkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk digunakan bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan seperti diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024.

“Inisiatif dimaksudkan adalah MyLesen di mana kerajaan menanggung ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, Lesen Kenderaan Barangan (GDL), e-hailing dan teksi,” katanya di Dewan Rakyat.

image.png

Inisiatif lain ialah pemberian topi keledar dewasa dan kanak-kanak dan subsidi tiket penerbangan bagi pelajar pengajian tinggi kerajaan bagi laluan domestik antara Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

image.png

Melalui jualan NPI GOLD, MOT telah menaja 10% caruman pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.



Gallery

Tag:

“MADANI” number plate series
GOLD Registration Number
FFF
Transport Minister YB Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nombor Plat MADANI, Ada Lagi, Boleh Beli Di JPJ

JPJ sudah membuka tawaran khas untuk baki Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri 'MADANI'.

20-11-2024
Berita Auto

Ada Sebab JPJ Bida Nombor

Ada berita baik bagi yang gemar mengumpul nombor plat unik.

12-05-2024
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.

17-07-2025
Berita Auto

Ini Dia 3 Garis Panduan Bagaimana Untuk Urus Insiden Babitkan EV!

MIROS mengeluarkan tiga garis panduan keselamatan bagi kenderaan elektrik (EV) bagi mengendalikan kemalangan EV dengan lebih cekap.

15-11-2024
Berita Auto

Jika Ada Maklumat, Bukti Kukuh, Sahih, Kerajaan Teruskan Pencarian MH370

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, pesawat MH370 hilang, namun kerajaan masih berhasrat untuk mencari pesawat malang itu.

05-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar

MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.

08-04-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV

Adakah sekarang masa untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV) kerana EV bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi strategi survival.

07-04-2026
Berita Auto

Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham

JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.

07-04-2026
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026