Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Celup: MoT Kaji Kaedah Tampalan, Penandaan QR RFID

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan (MoT) dengan kerjasama Institut Penyelidikan KeselamatanJalan Raya Malaysia (MIROS) akan mengkaji kaedah lebih efektif bagi menangani isu penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi standard.

Kaedah itu termasuk  mewujudkan bukti fizikal melalui 'stamping' atau tampalan pada tayar, atau menggunakan penerapan teknologi melalui penandaan menggunakan kod QR atau pengenalan frekuensi radio (RFID).

image.png

Langkah itu digunakan untuk  mengesahkan kesahihan dan keaslian tayar digunakan memandangkan penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi standard mandatori adalah tidak dibenarkan kerana ciri-ciri pembinaannya tidak ditentusahkan.

"Tayar celup yang mematuhi standard adalah tayar yang telah diuji daripada aspek ketahanan dan prestasi penggunaan di mana ia terbukti selamat untuk digunakan di atas jalan raya.

"Penentusahan terhadap ciri-ciri pembinaan dan aktiviti pengujian terhadap sesebuah tayar amat penting untuk dilaksanakan berdasarkan kepada piawaian atau standard yang dikuatkuasakan bagi mengurangkan risiko kegagalan tayar khususnya berkaitan dengan tayar kenderaan yang meletup yang boleh menggugat keselamatan pengguna jalan raya," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.



Buat masa ini, hanya tayar celup yang mempunyai persijilan pematuhan terhadap standard mandatori sahaja dibenarkan digunakan oleh kenderaan di atas jalan raya.

Berikut adalah tiga standard mandatori melibatkan tayar celup yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

1. Malaysian Standard (MS) 224 : Specification for Retreading of Pneumatic Rubber Tyres for Passenger Car and Commercial Vehicle

2. Peraturan United Nation (UN) R108 : Retreaded Pneumatic Tyres; 

3. Peraturan United Nation (UN) R109 : Retreaded Pneumatic Tyres for Commercial Vehicles.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026