Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Thaipusam: KTM & Bas Percuma, Feri 24 Jam, Ini Apa Anda Perlu Tahu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

destini-KTMB.jpg


Pengguna KTM Komuter Lembah Klang dapat menikmati perkhidmatan tren secara percuma selama dua hari bermula 10 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan inisiatif tersebut untuk memudahkan perjalanan penganut Hindu, pelancong, serta orang  awam yang ingin menyaksikan perayaan ini di Batu Caves. 


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tambang percuma ini boleh dinikmati menerusi sistem imbasan keluar automatik (ACG) di stesen KTM. Selain itu, KTMB juga akan beroperasi selama 24 jam selama empat hari berturut-turut bermula Ahad.



Ketibaan Tren Setiap 30 Minit


Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang akan dikendalikan mengikut jadual khas sepanjang tempoh sambutan. Loke menjangkakan hampir 500,000 pengguna akan memanfaatkan perkhidmatan ini, peningkatan sekitar 10% berbanding tahun lalu, dengan perjalanan tertinggi dijangka pada 11 Februari.


Beliau turut mengumumkan bahawa operasi tren tambahan akan melibatkan 494 perjalanan, termasuk:
  • 33 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves
  • 45 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang – Batu Caves
  • 28 perkhidmatan bagi laluan KL Sentral – Batu Caves – KL Sentral
  • 6 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves – Bangi – Batu Caves
  • 3 perkhidmatan masing-masing bagi laluan Batu Caves – Sentul dan Batu Caves – Subang Jaya

"Perkhidmatan tren tambahan akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari, dengan waktu perkhidmatan seawal 9.55 malam bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves dan seawal 9.30 malam bagi tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves," jelas Loke.


Sementara itu, pengguna dari KL Sentral bakal menikmati perkhidmatan lebih kerap bermula jam 11 pagi, dengan ketibaan tren setiap 30 minit, berbanding sejam sekali pada hari biasa.


Bas Percuma 


Selain KTMB, RapidKL dan RapidPenang turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) percuma pada 10 dan 11 Februari bagi melancarkan pergerakan ke lokasi sambutan.


bas-rapid-kl.jpeg


RapidKL menyediakan 30 bas dengan laluan berikut:

  • Hab Bandar Pasar Seni → Batu Caves
  • LRT Gombak → Batu Caves
  • MRT Kampung Batu → Batu Caves

Bas ini akan beroperasi setiap 10 minit bagi memastikan kelancaran perjalanan.


Untuk memudahkan pergerakan di luar Lembah Klang, pengendali BAS.MY turut menyediakan perkhidmatan bas percuma di Johor Bahru, Seremban dan Ipoh bagi membawa penganut Hindu ke kuil-kuil yang menjadi lokasi perayaan pada 11 Februari.


Perkhidmatan Feri 24 Jam


Screenshot-2025-02-04-at-5.23.13 PM.png


Selain itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd akan menawarkan perkhidmatan feri percuma selama 24 jam pada 10 dan 11 Februari, dengan lanjutan perkhidmatan hingga 2:30 pagi pada 12 Februari.


RapidPenang bakal menyediakan 12 bas yang akan berulang-alik dari jeti feri ke Adventist dengan kekerapan antara 20 hingga 60 minit.

Baca: Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi

Tag:

Thaipusam
Thaipusam 2025
Pengangkutan Awam
KTMB Thaipusam
Bas Thaipusam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Thaipusam: Polis Tutup 7 Jalan Untuk Lancarkan Aliran Trafik

Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat.

07-02-2025
Berita Auto

Ini Senarai Laluan Yang Ditutup Di P.Pinang Sempena Thaipusam Bermula Sabtu

Sempena perayaan Thaipusam yang akan berlangsung tidak lama lagi, beberapa jalan utama di sekitar Pulau Pinang akan ditutup.

02-02-2023
Berita Auto

Operasi Rel, Bas, Van Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu 2026

Dah bersedia untuk ‘healing’ sambil melihat pertunjukan bunga api di ambang tahun baharu 2026 Rabu ini? Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kesesakan jalan raya atau harga e-hailing yang melambung tinggi.

29-12-2025
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Caj Masuk Bandar Buat Masa Ini, Risau Bebankan Rakyat – PMX

Kerajaan tidak merancang untuk mengenakan caj terhadap kenderaan persendirian yang memasuk kawasan bandar buat masa ini seperti yang dilaksanakan di beberapa negara lain.

30-09-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.

04-08-2025
Berita Auto

Prasarana Tambah 310 Bas Diesel Sementara Tunggu Bas Elektrik

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam telah melancarkan 310 bas diesel baharu di bawah Program Penggantian Bas 2025.

15-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Tiada Kenaikan Kadar Tol Tahun Ini Tapi Rakyat Sebenarnya Tetap Rugi? – Ini Kata Pakar

Kerajaan kini berdepan tekanan hebat daripada pelbagai pihak untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Konsesi Lebuh Raya yang selama ini tersimpan rapi sebagai rahsia rasmi.

06-01-2026
Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026