Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Buka Tirai 2025 Dengan Jualan 5,383 Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-ToyotaCamryHEV-KLIMS2024.JPG


UMW Toyota Motor berjaya menjual lebih 5,000 unit kenderaan pada bulan Januari 


UMW Toyota Motor (UMWT) memulakan tahun 2025 dengan langkah kanan apabila berjaya mencatatkan jualan memberangsangkan mencecah 5,383 unit sepanjang Januari. Kejayaan ini meneruskan momentum positif yang diraih oleh syarikat pada tahun sebelumnya.


TGR-Season7-GRYarisLaunch-3.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-GR-Corolla_-8.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-Corolla-GR-S_-4.jpg


Selain mencatatkan angka jualan yang kukuh, UMWT turut memperbanyakkan barisan model berprestasi Gazoo Racing (GR) dengan memperkenalkan GR Yaris dan GR Corolla versi facelift, serta varian sedan baharu Corolla GR Sport.


TGR-Season7-GRYarisLaunch-2.jpgTGR-Season7-GRYarisLaunch-1.jpg


Majlis pelancaran itu berlangsung serentak dengan pusingan akhir Toyota Gazoo Racing (TGR) Musim 7, yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang Petronas pada awal tahun ini.


UMWT Komited Terus Berinovasi


Caricarz-MBA-DatukRavindranK-UMWToyotaMotor.jpg


Mengulas mengenai pencapaian ini, Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, berkata bahawa permulaan yang kukuh ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan kenderaan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pengguna.


web_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-Corolla-GR-S_-7.jpg


“Pencapaian ini membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap jenama Toyota, dan kami akan terus berusaha melebihi jangkaan dengan menawarkan kenderaan inovatif serta pengalaman pemilikan yang tiada tandingan,” ujar beliau.


Baca: Toyota Jenama Kereta Paling Bernilai Dunia – Tesla Semakin Merudum


Promosi Diteruskan Sehingga Februari 2025


Selain mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan, UMWT turut meneruskan kempen promosi khas sepanjang Februari 2025. Pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga RM8,500 untuk model terpilih, dengan bayaran bulanan serendah RM658.


UMWT juga masih menawarkan program Toyota Service Savers, di mana pemilik kenderaan boleh mendapatkan pelan penyelenggaraan serendah RM33 sebulan.


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, pelanggan boleh mengunjungi laman web rasmi Toyota Malaysia atau menghubungi talian 1-800-8-TOYOTA (869682).

Baca: Toyota Corolla GR Sport 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM149,800, Guna Sistem Transmisi Lebih Sporty!

Baca: Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'

Baca: UMWT Jual Lebih 100K Unit Kenderaan Tiga Tahun Berturut-Turut – Ini Penyumbangnya...

Tag:

UMWT
UMW Toyota Motor (UMWT)
Prestasi Jualan Januari 2025
Prestasi Jualan Toyota
Toyota Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

15-10-2025
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto

Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser

Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.

31-07-2025
Berita Auto

Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan

Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.

25-06-2025
Berita Auto

Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?

Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.

23-05-2025
Berita Auto

UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.

20-05-2025
Berita Auto

UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris

UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.

12-04-2025
Berita Auto

Baru Dua Bulan, UMW Toyota Jual Lebih 12,000 Unit Kenderaan!

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 6,632 unit bagi Februari 2025, peningkatan ketara berbanding 5,383 unit yang direkodkan pada Januari.

11-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025