Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aidilfitri 2025: 28 Smart Lane Diaktifkan Bermula Hari Ini Hingga 6 April

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak perayaan Aidilfitri, khususnya antara 27 hingga 29 Mac serta 4 hingga 6 April 2025.


Bagi menangani kesesakan di lebuh raya, PLUS mengambil langkah proaktif dengan mengaktifkan 28 lokasi Smart Lane (lorong pintar) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Langkah ini bertujuan meningkatkan kapasiti laluan dan membantu melancarkan aliran trafik.


Smart Lane Kurangkan Kesesakan


Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, penggunaan Smart Lane dijangka dapat meningkatkan keupayaan lebuh raya, seterusnya mengurangkan kesesakan dan memendekkan masa perjalanan pengguna.


Untuk Aidilfitri kali ini, tiga lokasi Smart Lane baharu diperkenalkan, iaitu di Lingkaran Putrajaya, Pedas Linggi-Senawang dan Tangkak-Jasin. Ini menjadikan jumlah keseluruhan lokasi Smart Lane yang tersedia sebanyak 28, berbanding hanya 25 ketika Tahun Baharu Cina lalu.


Senarai Lokasi Smart Lane


486322518_963155629344068_5034133908452876151_n.jpg


Berikut adalah lokasi-lokasi Smart Lane yang diaktifkan bermula hari ini:


Wilayah Utara

  • Bertam - Sg. Dua (Arah Selatan)
  • Bukit Tambun - Plaza Tol Juru (Arah Utara)
  • Hentian Sebelah Sg. Bakap - Jawi (Arah Selatan)

Wilayah Tengah

  • Gua Tempurung - Gopeng (Arah Utara)
  • Slim River - Sungkai (Arah Utara)
  • Sungkai - Slim River (Arah Utara)
  • R&R Rawang - Sg. Buaya (Arah Utara)
  • Hentian Sebelah Rawang - Rawang (Arah Selatan)
  • Setia Alam - Shah Alam (Arah Selatan)
  • Shah Alam - Setia Alam (Arah Utara)
  • Susur Keluar Petron, NKVE - Subang (Arah Utara)
  • Nilai - R&R Seremban (Arah Selatan)
  • Putra Mahkota - Southville (Arah Utara)
  • Southville - Putra Mahkota (Arah Selatan)
  • Restoran Jejantas USJ - Seafield (Arah Utara)
  • Bandar Saujana Putra - Putra Heights (Arah Utara)
  • Putra Heights - Bandar Saujana Putra (Arah Selatan)
  • Susur MEX - Lingkaran Putrajaya - Cyberjaya (Arah Selatan)
  • Lingkaran Putrajaya (Arah Timur)

Wilayah Selatan

  • Port Dickson - Seremban (Arah Utara)
  • Ayer Keroh - Hentian Sebelah Kg. Bemban (Arah Selatan)
  • Sedenak - Kulai (Arah Selatan)
  • Senai - Kulai (Arah Utara)
  • Kulai - Senai (Arah Selatan)
  • Dato’ Onn - Pasir Gudang (Arah Selatan)
  • Pandan - Kempas (Arah Utara)
  • Pedas Linggi - Senawang (Arah Utara)

Bagaimana Smart Lane Berfungsi?


Smart Lane ialah laluan kecemasan yang dibuka sebagai lorong tambahan ketika waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan di laluan kritikal lebuh raya.


image.png


Laluan ini hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan seperti kereta persendirian dan penumpang. Had laju yang ditetapkan bagi Smart Lane ialah 60 km/j.


Lokasi Smart Lane yang diaktifkan boleh dikesan berdasarkan papan tanda pemberitahuan serta Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) di lokasi-lokasi tertentu.

Tag:

Smart Lane
Aidilfitri 2025
Lorong Pintar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane

Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan.

10-02-2026
Berita Auto

Jangan Salah Sangka Kalau Ada Yang Guna Laluan Kecemasan

Smart Lane akan beroperasi mengikut keadaan trafik semasa.

13-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026