Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aidilfitri: Lebih 140,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Dalam Sehari

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menganggarkan lebih 140,000 kenderaan membanjiri WCE dalam sehari menjelang cuti sambutan Aidilfitri minggu depan.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid, menyatakan bahawa peningkatan ini susulan daripada jumlah pengguna yang semakin bergantung kepada WCE sebagai laluan alternatif utama. 

"Sebelum pembukaan Seksyen 6 Asam Jawa pada 20 November 2023, trafik harian WCE adalah sekitar 60,000 kenderaan. 

image.png

Sejak jajaran penuh di Perak mula beroperasi, jumlah ini meningkat kepada 70,000 kenderaan sehari.

Dengan musim perayaan yang bakal tiba, kami menjangkakan lebih 140,000 kenderaan sehari akan menggunakan WCE, terutamanya di laluan utama dari Taiping Selatan ke Banting," katanya.

image.png

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat Februari 2025, 95% projek WCE telah siap, dengan beberapa seksyen utama telah dibuka bagi meningkatkan kesalinghubungan dan mempercepatkan perjalanan pengguna. 

Seksyen baharu yang telah dibuka termasuk: 

Seksyen 1 (12.5km) – Menghubungkan Banting ke SKVE, dibuka pada 31 Ogos 2024.

Seksyen 2 (7.2km) – Menghubungkan SKVE ke KESAS, dibuka pada 22 Januari 2025.

Di Perak, Seksyen 8 hingga 11 sepanjang 99.2 km telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi laluan utama pengguna ke utara. 

Kemudahan Lebuhraya dan Keselamatan Pengguna Bagi memastikan keselesaan pengguna di sepanjang perjalanan, WCE menyediakan beberapa kemudahan penting, termasuk: 

• Hentian sebelah dengan kemudahan seperti tandas, surau dan kiosk tambah nilai di setiap plaza tol.

• Pengecas kenderaan elektrik (EV) yang disediakan di Hentian Sebelah Taiping Selatan, Trong, Assam Jawa dan SAE.

 • Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Nyior, di jajaran Seksyen 11 Taiping, yang kini dibuka di kedua-dua arah utara dan selatan. 

• Pondok teduhan motosikal turut disediakan di sepanjang lebuh raya bagi kemudahan dan keselamatan pengguna motosikal terutamanya ketika hujan.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, layari laman web serta muat turun aplikasi 'WCE App' di Apple AppStore dan Google Play Store.

Gallery

Tag:

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Melaka Bakal Ada 6 Tol Baharu Sepanjang Jajaran WCE

Melaka Bakal Ada 6 Tol Baharu Sepanjang Jajaran WCE

Kerajaan Melaka akan membangunkan jajaran projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 69 kilometer merentasi Melaka, pada tahun depan

10-12-2025
Berita Auto
Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

11-11-2025
Berita Auto
Perhatian: Laluan Ke Lebuhraya WCE Ditutup Sementara Bermula Esok

Perhatian: Laluan Ke Lebuhraya WCE Ditutup Sementara Bermula Esok

Beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan ditutup dan dilencongkan sementara bersempena penganjuran Klang Royal City Marathon 2025 pada Ahad, 9 November.

07-11-2025
Berita Auto
MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai

MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai

Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang bakal selesai dalam tempoh terdekat ini.

03-11-2025
Berita Auto
AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

AMH menggesa kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera.

11-08-2025
Berita Auto
Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

08-08-2025
Berita Auto
KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025
EV
Seksyen 2 WCE Dibuka Hari Ini – Bebas Tol Sebulan, Ada Stesen Pengecas EV 240 kW

Seksyen 2 WCE Dibuka Hari Ini – Bebas Tol Sebulan, Ada Stesen Pengecas EV 240 kW

Seksyen 2 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) telah rasmi dibuka mulai hari ini. Sempena pembukaannya, laluan sepanjang 7.2 kilometer ini bebas tol sehingga 22 Februari 2025.

22-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto
Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto
Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto
UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto
Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji?  – Ini Jawapan Kerajaan

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto
Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026