Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bakal Dikuatkuasa: Bas, Lori Tak Boleh Guna Lorong Kanan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan bakal mengharamkan kenderaan berat, termasuk lori dan bas yang melalui lebuh raya daripada menggunakan lorong kanan.

Sebaliknya, kenderaan berat hanya boleh kekal di lorong paling kiri kecuali memotong.

Itu antara lima langkah penambahbaikan yang akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) membabitkan peraturan lebih ketat bagi kenderaan perdagangan, iaitu lori dan bas.

Penambahanbaikan peraturan lain ialah mewajibkan pemasangan alat kawalan kelajuan, pemasangan alat Sistem Kedudukan Global (GPS), alat pengesan muatan High Speed-Weigh in Motion (HS-WIM) di 11 lokasi  lebih raya dan penambahan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

image.png

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, berkata peraturan melarang bas dan lori berada di lorong paling kanan sebenarnya sudah diwartakan pada 2015, namun belum dikuat kuasakan lagi.

image.png

"Di bawah peraturan ini, lori atau bas mesti kekal di lorong kiri dan tidak boleh dipandu laju. Jika ingin memotong, ia dibolehkan  bertukar ke lorong kedua dan kembali semula ke kiri.

"Namun, mereka sama sekali tidak boleh berada di lorong ketiga pada bila-bila masa. Justeru, kita akan usulkan semula perkara ini kepada menteri supaya dapat dikuatkuasakan membabitkan kenderaan berat di lebuh raya," katanya dalam temu bual bersama BH.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026