Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Punca Caj Parkir Awam Di Pulau Pinang Naik 50%

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untitled-design---2025-03-04T133016.709.png


MBPP menaikkan kadar parkir awam di Pulau Pinang (Gambar hiasan)


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menaikkan kadar parkir awam sebanyak 50% bermula bulan ini bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berpermintaan tinggi. Langkah ini memastikan trafik lebih lancar serta mengelak penggunaan parkir jangka panjang yang menyekat ruang.


Kadar Parkir Awam Kini Lebih Tinggi 


Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Ir A Rajendran berkata, kadar parkir meningkat daripada 40 sen kepada 60 sen bagi setiap setengah jam, manakala kadar sejam naik daripada 80 sen kepada RM1.20. Kadar harian kini RM9 berbanding RM6 sebelum ini, manakala pas bulanan kekal RM150.


Punca Kadar Parkir Dinaikkan


2913683.jpg


Isu parkir jadi punca kesesakan (Gambar hiasan)


Salah satu faktor utama kenaikan kadar parkir adalah penggunaan ruang parkir awam untuk tempoh yang terlalu lama sehingga 12 jam secara berterusan oleh segelintir pemandu. Keadaan ini menjejaskan kelancaran lalu lintas, kerana pemandu terpaksa berpusing untuk mencari parkir yang kosong. 


Untuk mengatasi isu ini, MBPP mengambil langkah menaikkan kadar parkir sebagai usaha menggalakkan penggunaan ruang secara lebih efisien. Selain itu, had masa parkir turut dicadangkan di kawasan permintaan tinggi seperti Lebuh Chulia dan Lebuh Pasar bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat memanfaatkan kemudahan ini.


Penguatkuasaan Lebih Ketat


MBPP memperketat penguatkuasaan di lima lokasi utama iaitu Jalan P Ramlee, Jalan Dato' Keramat, Jalan Magazine, Jalan Burma dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dengan larangan menunggu di tepi jalan serta tindakan tegas terhadap parkir haram.


Selain itu, MBPP bekerjasama dengan pemaju bagi menyeragamkan kadar parkir swasta dengan parkir awam untuk mengurangkan kesesakan.


Galakan Guna Pengangkutan Awam


Penduduk digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang, teksi dan e-hailing untuk mengurangkan kesesakan.


MBPP juga membuka tender untuk membangunkan parkir bertingkat di Weld Quay bagi menambah kapasiti parkir sedia ada.

Sumber: HM

Baca: LRT Pulau Pinang Bakal Dibina, Antara Projek Mega 2025

Tag:

Caj Parkir
Parkir Pulau Pinang
Parkir Penang
Kadar Parkir Naik
Kenaikan Caj Parkir
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026