Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Maut Beberapa Jam Selepas Sesi Gambar Raya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-kemalangan-motor.png


Siapa sangka hanya beberapa jam selepas merakamkan foto sempena sambutan Aidilfitri di studio, pasangan suami isteri terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa kedua-duanya secara serentak, semalam. 


Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, meninggal dunia dalam tragedi yang berlaku di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, Sik, tidak lama selepas selesai sesi fotografi di  Parit Panjang, Baling.


Ceria & Teruja Ketika Sesi Fotografi


Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, yang menjadi jurufoto pasangan itu berkongsi bahawa mereka datang ke studionya sekitar jam 11 pagi untuk sesi bergambar yang mengambil masa kira-kira 30 minit. 


"Mereka teruja kerana dapat ambil gambar raya yang siap dicuci terus hari ini dan saya hantar salinan ke telefon bimbit jenis Iphone milik mereka, masa ambil gambar tadi pun mereka banyak gelak dan cukup ceria,” katanya. 


kemalangan-selepas-gambar-raya.png


Namun, kegembiraan tersebut bertukar pilu apabila Muhammad Suhaimi kemudian mendapat berita tentang kemalangan tragis yang meragut nyawa pasangan itu.


Pernah Jadi Jurufoto Perkahwinan Mereka


486472339_1079857674171808_2494239138490596049_n.jpg


Tambahnya, ini bukan kali pertama dia merakam gambar pasangan tersebut. Jun tahun lalu, dia juga merupakan jurufoto rasmi perkahwinan mereka.


"Ini kali kedua saya merakamkan gambar kenangan mereka dan tak sangka menjadi foto yang terakhir saya ambil untuk kedua-duanya," katanya,” ujarnya.


Kereta Hilang Kawalan Sebelum Bertembung


486745916_1079857757505133_372058036601215431_n.jpg


Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4.16 petang, kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.

Tag:

kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan

Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.

13-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026
Berita Auto

"Ride" Terakhir Berakhir Pilu

Perjalanan ulang alik Azman setiap minggu melebihi 700km dari Sabah ke Sarawak merentasi Brunei bertukar tragedi.

28-04-2026
Berita Auto

Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial

Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.

30-03-2026
Berita Auto

Sampai Bila Jenayah Pemandu Mabuk, Pengaruh Dadah Terus Ragut Nyawa

Harap Ada Tuntutan Hukuman Lebih Berat: Pemandu Mabuk Punca Kematian Sia-Sia.

30-03-2026
Berita Auto

Leka, Berangan & Mengantuk: MIROS Dedah 'Pembunuh' Di Lebuh Raya Malaysia

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan bahawa faktor manusia tetap menjadi 'dalang' utama di sebalik angka kemalangan maut.

16-02-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut, Polis Mohon Rakaman Dashcam

Polis meminta pihak yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) agar tampil membantu siasatan kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan dengan kereta peronda polis di Puncak Jelapang, laluan Jalan Ipoh-Lumut, Selasa lalu.

15-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026