- Berita
- Berita Auto
- Kempen Pengambilan Pekerja PROTON 2025: Proton Tawar 732 Jawatan Kosong
Kempen Pengambilan Pekerja PROTON 2025: Proton Tawar 732 Jawatan Kosong

Proton menganjurkan Kempen Pengambilan Pekerja PROTON 2025 dimana syarikat itu menyediakan 732 jawatan kosong di semua rangkaian pengedar Proton di seluruh negara.
Kempen ini dijadualkan bermula pada April ini hingga Julai 2025 dimana ia sebenarnya bertujuan untuk menarik individu yang berminat dalam industri automotif.
Untuk itu, pelbagai jawatan kosong ditawarkan terutama dalam bidang jualan, perkhidmatan selepas jualan, pemasaran, dan pengurusan am.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON. Roslan Abdullah berkata, pihaknya komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Industri automotif sedang mengalami transformasi pesat, didorongn oleh kemajuan teknologi yang membentuk semula cara kenderaan direka, dijual, diservis, dan digunakan. Ini merupakan peluang keemasan bagi individu untuk membina kerjaya.
“Melalui kempen ini, kami bukan sahaja mahu mengisi jawatan- jawatan penting dalam organisasi tetapi menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja mahir yang akan meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia,” katanya.

Difahamkan, kempen pengambilan pekerja akan dimulakan dengan pengiklanan bersasar di portal pekerjaan popular dan diasingkan mengikut wilayah untuk memastikan capaian yang meluas.
Selain itu, PROTON juga telah bekerjasama dengan institusi-institusi utama seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut PROTON, dengan kerjasama Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), kolej vokasional yang dikendalikan kerajaan yang mempunyai pengkhususan dalam pembangunan kemahiran berteknologi tinggi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
