Link Copiedcheck_circle
EV

Lexus RZ Elektrik 2025, Hadir Dengan Stereng Gaya Yoke

Suhana Veru

Kongsi melalui
  • image.png

Selain bZ4X dan C-HR+ baharu, Toyota juga telah mengemaskini model untuk tahun 2025 iaitu Lexus RZ 550e.

Walaupun crossover EV berjenama Lexus ini kelihatan hampir sama dari segi luaran, ia sebenarnya membawa beberapa perubahan ketara di bahagian dalaman, termasuk varian RZ 550e F Sport baharu yang menghasilkan kuasa 402 hp.

image.pngimage.png

Bercakap mengenai RZ 550e F Sport baharu, varian tertinggi  ini dilengkapi dengan motor berkembar  AWD . Ia yang boleh menghasilkan kuasa setakat 402 hp, mampu memecut dari  0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat. 

Biarpun, ia disumbat dengan pek bateri 77  berkapasiti kWh yang sama seperti model lain dalam barisan RZ, Lexus mendakwa RZ 550e F Sport mempunyai jarak pemanduan paling pendek, iaitu hanya 450 KM.

image.png

Menggantikan RZ 450e di Eropah ialah varian baharu RZ 500e yang menggunakan tetapan dwi-motor AWD. Namun, varian ini  hanya mampu menghasilkan kuasa sebanyak 375 hp.

Begitupun, tetapan motor ini masih cukup untuk memberikan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat, manakala jarak maksimum pula dihadkan kepada 500 km.

image.png

Namun, jika anda sanggup mengetepikan prestasi pecutan demi menjimatkan perjalanan elektrik, anda mungkin boleh memilik varian RZ 350e.

Ini kerana ia yang disumbat dengan motor tunggal dan masih mampu menghamburkan kuasa setakat 224 hp dengan jarak pemanduan 575km.

Selain daripada varian baharu, ada perubahan yang paling ketara dilakukan pada model Lexus RZ 2025 iaitu sistem steer-by-wire baharu, yang menampilkan stereng gaya yoke. 

image.pngimage.png

Tanpa sambungan fizikal antara yoke dan gandar hadapan, sistem stereng ini hadir dengan nisbah stereng boleh ubah, sekali gus membolehkan pemandunya menyesuaikan kedudukan  stereng mengikut gaya pemanduan masing-masing.

Buat masa ini, Lexus RZ 2025 dijadualkan memasuki pasaran Eropah manakala  butiran harga bakal diumumkan dalam masa terdekat. 

image.png

Selain itu, tiada sebarang maklumat yang mendedahkan bila  bila model RZ yang dinaik taraf ini akan memasuki pasaran antarabangsa lain seperti Jepun dan Asia-Pasifik.

Jadi,   peminat Lexus mungkin perlu menunggu sedikit lama!

Gallery

Tag:

Lexus RZ 450e
Lexus RZ
Lexus RZ 550e F Sport
Lexus RZ 550e
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta

UMWT mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.

15-08-2024
EV

Harga Lexus RZ450e Cuma RM429,888, Ada 1 Varian

Nama pun Luxury, harga pun agak mewah.

10-07-2024
EV

Lexus RZ Bakal Dilancar?

Lexus RZ 450e turut dipamerkan sempena acara Toyota Beyond Zero.

23-02-2024
Berita Auto

Mampukah Lexus Ini Mencabar Pesaingnya?

Lexus mendedahkan beberapa imej RZ450E di laman web rasminya.

26-02-2022

Berita Terkini

EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025
EV

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025