Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Motul: Jenama Diperakui SIRIM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Motul, peneraju global dalam pelincir automotif, merupakan jenama pertama minyak pelincir yang  menerima pensijilan daripada SIRIM QAS International, baru-baru ini.

Pensijilan ini mengukuhkan komitmen jangka panjang jenama ini dalam menawarkan produk berprestasi tinggi untuk pelanggan di Malaysia. 

Sebagai langkah melindungi pelanggan daripada produk tiruan, label pematuhan SIRIM akan dilekatkan pada produk Motul yang dijual melalui saluran sah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Ts. Md Adha Rahmat berkata, pensijilan itu menetapkan penanda aras baharu dalam memastikan ketulenan dan keselamatan produk. 

image.png

“Dengan memastikan minyak enjin mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat, langkah ini mengukuhkan pasaran dalam menangani produk tiruan, sekaligus menyokong integriti industri dan melindungi hak pengguna. 

“Produk yang diperakui akan disertakan dengan label pensijilan rasmi SIRIM, memberikan jaminan ketulenan dan kebolehpercayaan kepada pengguna serta perniagaan,” katanya.

Pengurus Besar Motul Malaysia Ravi Shankar berkata, pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi kepercayaan pelanggan terhadap produk.

image.png

“Dengan lebih daripada 30 tahun sejarah serta jalinan kerjasama ikonik bersama seperti Motul 12 Hours of Sepang Endurance Race dan MotoGP™ Malaysia, kami telah membina hubungan erat dengan peminat serta profesional industri. 

“Pencapaian ini bukan sahaja mengesahkan kualiti dan ketulenan produk tetapi  mengukuhkan keyakinan pemilik kenderaan dan pakar industri bahawa pelincir Motul akan terus memenuhi standard tertinggi dalam industri,”’ ujarnya.


Gallery

Tag:

SIRIM QAS International Sdn Bhd
Motul
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

KPDN: Semua Minyak Enjin Wajib Ada Label Sirim Mulai 7 April Ini

Semua produk minyak enjin kenderaan dari dalam negara mahupun import diwajibkan ada label SIRIM.

21-03-2025
Berita Auto

Kerjasama Proton, Geely & SIRIM QAS, Kualiti Lebih Terjamin, Pengguna Lebih Yakin

Proton telah memilih SIRIM QAS International (SIRIM QAS) sebagai rakan makmal rasmi untuk komponen automotif Proton dan Geely.

22-07-2024
EV

EV Pun Ada Selimut, Harga Sampai RM5K

Pemilik EV akan diwajibkan untuk membeli Selimut Kebakaran EV.

02-02-2024
EV

SIRIM Sedia Program Pensijilan Untuk Pengecas EV, Siapa Yang Perlu Dapatkan?

SIRIM akan tawarkan program pensijilan untuk keselamatan stesen pengecasan. Ini siapa yang perlu mendapatkannya...

27-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026