Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kenderaan jenama Great Wall Motors (GWM) kerana anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM25,000 namun semuanya bergantung kepada model terpilih.

image.pngimage.png

Ini kerana GWM Malaysia sedang menawarkan promosi eksklusif dan ganjaran istimewa bagi kepada pelanggan baharu sempena Ramadan ini.

image.png

Antara Promosi Ramadan GWM yang ditawarkan termasuk:

5 tahun penyelenggaraan percuma untuk semua model GWM, termasuk alat ganti dan kos buruh bagi GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV.*

• Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman yang rendah, serta pengecas dinding rumah percuma untuk GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.*

• Jaminan penuh kenderaan 6 + 2 tahun (tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh) untuk GWM ORA 07.*

Jaminan 6 tahun tanpa had perbatuan untuk GWM TANK 300.*

10,000 km perbatuan percuma untuk GWM HAVAL H6 HEV.*

Bagaimanapun promosi ini hanya sah sehingga 31 Mac ini.

PANDU UJI GWM TANK 300

Lebih menarik, bagi yang melakukan pandu uji GWM Tank 300, anda sebenarnya berpeluang menikmati baucar percutian eksklusif bernilai RM888 .

Untuk itu, seramai 25 pemenang bertuah akan menerima baucar percutian itu  untuk percutian di kota atau pengembaraan ‘off-road’.

Berikut adalah cara penyertaan:

Langkah 1 — Pandu uji GWM TANK 300 di mana-mana Pengedar Sah GWM berdekatan anda.

Langkah 2 — Ambil gambar bersama GWM TANK 300 dan perunding jualan, kemudian kongsikan di laman media sosial anda.

Langkah 3 — Imbas kod QR yang tersedia untuk menghantar tangkap layar hantaran media sosial tersebut.

image.png

Bukan itu sahaja,  pembeli baharu yang membuat tempahan dan mendaftarkan GWM TANK 300 selewat- lewatnya pada 31 Mac 2025 juga layak untuk menyertai cabutan bertuah, di mana lima pemenang bakal menerima baucar percutian mewah bernilai RM8,888. 

GWM-RamadanPromo-4x5.jpg

Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia. Cui Anqi berkata, promosi dan ganjaran Ramadan itu  adalah untuk mencetuskan keterujaan dan memberikan kepuasan kepada pelanggan.

“Ia juga menjadi tanda penghargaan kami di atas kesetiaan pelanggan dan sokongan mereka yang berterusan,” katanya.

Untuk tempahan  pandu uji, sila layari https://www.gwm.com.my/.


Gallery

Tag:

GMW Malaysia
ORA 07
Ora Good Cat EV
Haval H6
GWM Tank 300
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sertai Merdeka Exclusive Book & Win, Menangi Percutian Bernilai RM30K

Great Wall Motor (GWM) mennganjurkan kempen 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula dari 15 Ogos lalu hingga 30 September ini .

19-08-2024
Kereta Baru

Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800

GWM Malaysia sebentar tadi telah melancarkan sedan elektrik, Ora 07. Ini spesifikasinya...

03-04-2024
Berita Auto

Pusat 3S GWM Dibuka Di Setia Alam – Boleh Selenggara 800 Kenderaan Sebulan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S baharu di Setia Alam, Shah Alam.

26-03-2024
Kereta Baru

GWM Ora 07 Diperkenalkan Di Malaysia – Capai 640KM!

GWM Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan sedan elektrik, Ora 07. Ini spesifikasinya...

04-03-2024
Kereta Baru

Tempahan GWM Ora 07 Kini Dibuka – Faedah Tambahan Untuk Tempahan Terawal!

Tempahan sedan Ora 07 yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, telah dibuka.

01-03-2024
EV

GWM Bakal Perkenal Sedan EV, Ora 07, di Malaysia Tahun 2024, Ini Yang Dijangkakan...

Ini segalanya yang anda boleh jangkakan daripada model elektrik yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, Ora 07.

11-01-2024
EV

Harga EV Ora Good Cat Kini RM26,000 Lebih Murah!

GWM Malaysia telah mengumumkan bahawa harga bagi model ORA Good Cat diturunkan sebanyak RM26,000.

23-03-2024
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026