Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Scammer Hantar SMS Batalkan Lesen Memandu Untuk Perdaya Mangsa

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta orang ramai tidak terpedaya jika  menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada MyJPJ yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli menegaskan jabatan itu tidak pernah menghantar mana-mana pautan berkaitan urusan lesen memandu melalui SMS kepada orang awam.

“Jabatan ini mengenal pasti SMS yang dihantar menggunakan nama MyJPJ itu mengandungi pautan ‘pishing’ (pancingan data) untuk tujuan memperdaya orang awam.

image.pngimage.png

“Justeru, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan JPJ yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk itu, orang ramai perlu merujuk atau menghubungi JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, JPJ ada memuat naik gambar SMS dalam bahasa Inggeris yang meminta penerima membuka pautan yang disertakan sekiranya tidak mahu lesen memandu mereka dinyahaktifkan atau dibatalkan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu membuat sebarang aduan rasmi, boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ –  https://jpj.spab.gov.my/ .


Gallery

Tag:

Aplikasi MyJPJ
JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips
Cara Renew Lesen MyJPJ

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto
Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula

Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula

Mangsa banjir tidak perlu ganti lesen atau geran rosak kerana semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ.

09-12-2024
Berita Auto
Perhatian Buat Pengguna MyJPJ, Anda Kini WAJIB Pula Daftar MyDigital ID, Apa Pula MyDigital ID?

Perhatian Buat Pengguna MyJPJ, Anda Kini WAJIB Pula Daftar MyDigital ID, Apa Pula MyDigital ID?

Rakyat Malaysia kini diwajibkan untuk mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ mulai 10 Oktober ini.

02-10-2024
Berita Auto
Ramai Suka Bayar Online, 12.7 Pengguna Sudah Muat Naik MyJPJ

Ramai Suka Bayar Online, 12.7 Pengguna Sudah Muat Naik MyJPJ

MyJPJ baru sahaja diperkenalkan pada Jun lalu.

15-08-2024
Berita Auto
Sijil Pemilikan Kenderaan Kini Dipaparkan Dalam Aplikasi MyJPJ

Sijil Pemilikan Kenderaan Kini Dipaparkan Dalam Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin hari semakin membuktikan keberkesanannya.

08-08-2024
Berita Auto
Aplikasi MyJPJ Kini Terima Pembayaran Melalui FPX

Aplikasi MyJPJ Kini Terima Pembayaran Melalui FPX

JPJ mengumumkan bahawa aplikasi mudah alih MyJPJ kini menerima pembayaran melalui FPX.

05-06-2024
Berita Auto
Semua Urusan JPJ Boleh Melalui MyJPJ Bermula 2025 Nanti

Semua Urusan JPJ Boleh Melalui MyJPJ Bermula 2025 Nanti

Semua urusan JPJ digital sepenuhnya menjelang tahun 2025.

02-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026