Link Copiedcheck_circle
EV

"Serah" & Jual EV Terpakai Kepada Caricarz Automall

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Adakah anda dalam proses untuk menjual kenderaan elektrik (EV) terpakai atau ada peniaga kereta terpakai enggan menerima EV atau mungkin ada yang mendakwa mereka  “tidak tahu cara menjual EV”?

Atau lebih teruk, anda ditawarkan dengan  harga trade-in yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran yang sepatutnya?

image.pngimage.png

Namun, jangan risau! CariCarz Automall, mempunyai penyelesaian yang sempurna untuk membolehkan anda menjual EV pada harga berpatutan!

Ini kerana  CariCarz Automall kini mempunyai program konsainan kereta terpakai yang membabitkan  EV terpakai. 

Untuk makluman anda, CariCarz Automall ialah syarikat  PERTAMA di pasaran yang menawarkan program jualan konsainan EV terpakai  khusus untuk pemilik dan pembeli EV.

Menerusi perjanjian konsainan ini, anda boleh memilih untuk membenarkan CariCarz Automall menjual EV terpakai anda bagi pihak anda. 

image.pngimage.png

Antara perkhidmatan tambah nilai dan keistimewaan yang disediakan termasuk pemeriksaan kenderaan menyeluruh 200-point sebelum jualan, ada kemudahan bilik pameran yang lengkap dan menyediakan perkhidmatan jualan secara profesional.

Antara kelebihan tambahan yang ditawarkan termasuk: cuci dan wax EV anda untuk memastikan kenderaan kelihatan terbaik, menyediakan perkhidmatan merakam gambar EV yang dijual,  membuat iklan dalam talian.

Selain itu, Caricarz Automall turut menyediakan khidmat pelanggan serta boleh mengadakan rundingan harga dan menyediakan bantuan dalam proses akhir penjualan EV.

Dari segi harga jualan, EV terpakai dalam program konsainan ini akan disenaraikan pada harga pasaran, BUKAN pada nilai trade-in. 

image.png

Misalnya, jika harga pasaran EV terpakai anda ialah RM150,000 tetapi anda hanya ditawarkan RM100,000 sebagai trade-in, CariCarz Automall akan menetapkan harga mengikut nilai pasaran (RM150,000), bukan harga trade-in (RM100,000).

Sebagai sebahagian daripada perjanjian konsainan, perlu diingat bahawa CariCarz Automall TIDAK membeli EV terpakai anda sepanjang proses jualan. 

Sebaliknya, hanya caj servis sebanyak 3% akan dikenakan selepas jualan berjaya diselesaikan melalui program ini.

Sebagai contoh, jika EV terpakai anda dijual pada RM150,000, anda masih membawa pulang RM145,500 selepas potongan caj tersebut.

Menariknya, pemilik EV terpakai yang menyertai program ini boleh mengambil semula kenderaan mereka tanpa perlu membuat sebarang pembayaran  jika jualan tidak berjaya dalam tempoh tiga bulan. 

Dengan kata lain, program konsainan EV terpakai ini benar-benar TANPA RISIKO dan TANPA MENDATANGKAN SEBARANG KERUMITAN!

image.png

Bagaimanapun, orang ramai diingatkan  EV mereka ini tidak dijamin akan terjual 100% kerana proses jualan juga bergantung kepada jenama, model, dan permintaan pasaran.

Ini kerana ada model EV popular boleh terjual dalam tempoh kurang sebulan, manakala model lain mungkin memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan pembeli yang sesuai.

Selain memberi manfaat kepada pemilik EV terpakai yang ingin menjual, pembeli juga mendapat kelebihan besar daripada program konsainan ini. 

Ini kerana semua kenderaan yang dijual melalui program ini dilindungi oleh jaminan pulangan wang 7 hari dan  waranti 1 tahun.

Menariknya, kedua-dua faedah ini ditawarkan secara PERCUMA oleh CariCarz Automall!

image.png

Jika anda berminat untuk mengunjungi CariCarz Automall untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjualan EV, anda boleh mengunjungi CariCarz Automall  di Parking Level 3A,

The Strand Mall, Jalan PJU 5/22, Pusat Perdangangan Kota Damansara, Selangor.

CariCarz Automall dibuka setiap hari (Isnin – Ahad) bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian 6018-900 8671.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026