Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tragedi Terowong Menora: 2 Maut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya turut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang lelaki cedera parah.

"Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang. Kemalangan melibatkan sebuah kereta terbabas dibahu jalan.

"Seorang kanak-kanak didapati meninggal dunia di tempat kejadian," menurut kenyataan itu.

Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

image.png

Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang maut ialah Nairai Falisha Abdul Rahman berusia dua tahun manakala ibu dan bapanya  Abdul Rahman Abdul Rahim, 29, dan  Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, cedera parah.

Abang Zainal berkata kenderaan yang dipandu bapa mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.


Gallery

Tag:

Terowong Menora
Lebuh Raya PLUS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.

02-10-2025
Berita Auto

Terowong Menora: 3,000 Saman Awas Direkod Di Terowong Menora Setiap Hari

Biarpun, Terowong Menora paling banyak merekodkan kesalahan had laju, negeri Selangor sebenarnya mencatatkan bilangan notis saman Awas keseluruhan paling tinggi di negara ini.

30-09-2025
Berita Auto

Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil

Pemandu Mitsubishi Xpander diminta tampil untuk membantu siasatan.

04-04-2025
Berita Auto

Projek Bina Lebuh Raya Gopeng-Kuala Kangsar Bermula 6 Bulan Lagi

Pembinaan lebuh raya ini bertujuan untuk mengelakkan terowong Menora.

28-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

PLUS Sesak Kaw, Kaw

Treler terbakar: Lebuhraya PLUS arah utara sesak teruk.

01-09-2023
Berita Auto

Ada Berita Baik, Anda Tidak Perlu Guna Lagi Terowong Menora Jika Ke Utara, Ada Jalan Pintas!

Kerajaan sudah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora, Perak.

21-06-2022
Berita Auto

Jangan Tersangkut 12 Jam! PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan 'Serbu' Lebuhrayanya– Ini Tarikh Perlu Elak

PLUS menjangkakan gelombang trafik luar biasa mencecah 2.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak sambutan Aidilfitri minggu depan.

13-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026