- Berita
- Global
- VW Bekerjasama Dengan FAW Venture: 11 Model Bakal Dilancar Di China Bermula Tahun 2026
VW Bekerjasama Dengan FAW Venture: 11 Model Bakal Dilancar Di China Bermula Tahun 2026
Kumpulan Volkswagen dan Kumpulan FAW dari China telah menjalin kerjasama strategik untuk melancarkan sekurang-kurangnya 11 model kereta baharu di bawah jenama Volkswagen dan Jetta, bermula tahun 2026 hingga 2030.
Menurut laporan Bloomberg, model baharu itu membabitkan 10 kenderaan tenaga baharu (NEV) manakala satu lagi adalah model enjin pembakaran dalaman (ICE).
Untuk itu, jenama Jetta milik Volkswagen dijangka melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada 2026.
Selain itu, FAW-Volkswagen akan menggunakan platform kenderaan CMP (China Main Platform) yang dibangunkan secara tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid plug-in (PHEV).
Dikhabarkan, model baharu Volkswagen akan dilengkapi dengan ciri digital berprestasi tinggi, termasuk pemanduan autonomi dan kemas kini over-the-air (OTA).
Pengeluar kereta itu juga mengumumkan bahawa model enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid plug-in (PHEV), dan model Extended-Range Electric Vehicle (EREV) pada masa depan akan mendapat manfaat daripada inovasi enjin terbaharunya, selain daripada elektrifikasi.
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/