Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

XPeng Laksana CKD, Rancangan Masih Samar!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun XPeng dikatakan masih mempertimbangkan untuk melaksanakan pemasangan tempatan (CKD) di negara ini, namun ia  bergantung kepada polisi kerajaan. 

Ini kerana pengecualian duti import akan berakhir pada Disember 2027 sekali gus menyebabkan syarikat berpendapat bahawa pelaburan CKD untuk jangka pendek dilihat tidak begitu praktikal 

Perkara itu diakui ketika  sesi soal jawab berkaitan  CKD dilontarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Auto Group, Datuk Francis Lee dan  Naib Presiden Kewangan & Pejabat Sokongan Strategik Luar Negara, XPENG, James Wu sejurus pelancaran XPeng X9, semalam.

Difahamkan, jika dasar masih tidak jelas, Bermaz berkemungkinan besar akan meminta negara jiran untuk memasang kenderaan XPeng, namun akan  memastikan harga yang kompetitif dan kebolehcapaian untuk pengguna Malaysia.

Menurut Ketua Operasi Bermaz XPeng Sdn Bhd, Wan Zarel Harun menyifatkan kebimbangan juga melibatkan duti eksais Open Market Value (OMV). 

image.png

Pada asalnya, duti ini dijadualkan meningkat tahun lalu tetapi telah ditangguhkan dua kali, dan kini dijangka berkuat kuasa pada tahun hadapan.

“Jika dilaksanakan, harga kenderaan CKD boleh meningkat antara 10-30%, sekali gus mengurangkan jurang harga antara model CKD dan CBU (import sepenuhnya). I

“Ini menyebabkan pengguna untuk memilih kenderaan CBU, menjadikan usaha pemasangan tempatan kurang berdaya maju,” katanya.

image.png

Sebalknya, Wu menekankan bahawa Malaysia kekal sebagai pasaran utama untuk XPeng. 

Ini kerana G6 telah diterima baik oleh pembeli berumur 35 hingga 40 tahun ke atas, manakala reka bentuk MPV moden X9 dijangka menarik lebih ramai .

Sementara itu, tambah Francis,  beberapa model akan dilancarkan termasuk  XPeng Mona. 


Bagaimanapun, satu-satunya model yang sedang dipertimbangkan adalah SUV yang lebih kecil, iaitu  G3i, yang boleh menarik pembeli di bandar yang mencari EV yang kompak yang lebih canggih.

Gallery

Tag:

CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor

Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.

28-07-2025
Berita Auto

Pembeli Tangguh Beli Kereta Sebab Nak Tunggu Diskaun Harga Kereta?

Sesetengah pembeli sanggup menangguhkan pembelian kereta semata-mata mahu menunggu potongan harga daripada pengeluar bukan nasional.

22-07-2025
Berita Auto

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .

25-06-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
EV

MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km

Adakah model ini bakal menjadi EV yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?

10-05-2025
Berita Auto

Audi Q7 CKD: Model Pertama Dipasang Di Malaysia & Asia Tenggara

Audi Q7 CKD dipasang di kilang pemasangan tempatan di Pekan, Pahang, baru-baru ini.

24-04-2025
Berita Auto

Volkswagen Malaysia Bakal Lancar SUV CKD Baharu Tidak Lama Lagi?

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah membuat pendedahan mengenai kehadiran sebuah SUV baharu.

03-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025