- Berita
- Berita Auto
- Banjir: Daerah Petaling Diistihar Bencana Tahap 1

Bencana Tahap Satu diisytiharkan dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan banjir kilat pagi yang melanda Daerah Petaling hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed berkata, dua PPS berkenaan adalah Dewan Kenanga MBSA, Seksyen 28 membabitkan mangsa dari Kampung Bukit Lanchong.
Menurutnya, PPS kedua di Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 Shah Alam yang menempatkan mangsa dari Kampung Padang Jawa.
"PPS Ini menempatkan mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1 di kawasan yang dimaklumkan dan yang berhampiran.
PPS ini akan beroperasi sepanjang tempoh diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjamin," katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

