Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu di  Ara Damansara dan Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

Sindiket itu dikatakan membotolkan minyak enjin kenderaan  yang menyerupai jenama popular sebelum diiklankan Di TikTok, Facebook dan Instagram selain diedarkan terus ke bengkel.

Mereka dikatakan mampu mengaut keuntungan berlipat ganda. Bagaimanapun, perbuatan mereka akhirnya dihidu PDRM apabila melakukan serbuan di premis berkenaan.

Timbalan Pengarah Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, operasi dilaksanakan hasil risikan selama dua bulan.

image.png

Dalam serbuan di dua premis di Ara Damansara, polis Berjaya  menahan empat individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan, dua lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Sri Lanka.

"Manakala serbuan di Kepong pula menahan seramai sembilan individu membabitkan tiga lelaki tempatan, dua wanita tempatan dan empat lelaki warga Bangladesh. Pemeriksaan mendapati tiga premis berkenaan menjalankan aktiviti membotolkan minyak enjin menggunakan label hampir menyerupai jenama terkenal bagi memperdaya pengguna khususnya bengkel kenderaan.

Sehubungan itu, polis kini sedang berusaha mengesan saki-baki sindiket dan tidak menolak kemungkinan wujud jaringan lebih besar membabitkan premis lain yang masih aktif.

Gallery

Tag:

minyak enjin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026