- Berita
- EV
- Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia
Tahukah anda, Kenderaan Elektrik (V) sebenarnya semakin mendapat sambutan, namun masih ada dua perkara utama yang menghalang penjualannya di negara ini daripada meningkat.
Perkara itu didedahkan Penganalisis RHB Investment Bank, Syahril Hanafiah. Memetik kenyataan beliau di akhbar Berita Harian sebagai berkata: faktor pertama adalah disebabkan harga mahal disebabkan oleh harga lantai sebanyak RM100,000 yang dikenakan terhadap EV jenis import penuh (CBU), manakala faktor kedua adalah kekurangan kemudahan stesen pengecasan.
"Tanpa adanya pilihan EV yang lebih berpatutan, bahagian pasaran EV tanah air akan terus kecil dan tidak akan mendatangkan kesan ketara pada keseluruhan jumlah keseluruhan industri (TIV)," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Menurut laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), 2.9 peratus TIV pada suku pertama 2025 terdiri daripada EV, peningkatan hanya 1.8 peratus berbanding 2024.
Sebaliknya, berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pendaftaran EV (termasuk ahli-ahli bukan MAA) pada suku pertama tahun ini melonjak sebanyak 46 peratus tahun ke tahun kepada 6,827 unit.
Ini merangkumi 3.4 peratus jumlah kereta berdaftar semasa suku berkenaan, daripada 2.5 peratus pada tahun lalu.
Gallery


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari