Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON mengakhiri suku pertama 2025 dengan pemulihan jualan yang ketara apabila 13,918 unit terjual pada Mac lalu.

Ini bermakna  jualan Proton  melonjak 23.9% berbanding Februari 2025 dan 9.6% lebih tinggi daripada bulan yang sama pada tahun 2024.

Keputusan yang kukuh ini telah melonjakkan jualan PROTON pada suku pertama kepada 35,068 unit, yang bersamaan dengan bahagian pasaran sebanyak 18.9% berdasarkan jumlah volum industri (TIV) sebanyak 184,652 unit.

image.png

Malah, pencapaian ini didorong oleh prestasi jualan yang kukuh merentasi keseluruhan barisan model termasuk pertumbuhan dalam jualan eksport serta sumbangan daripada penawaran tenaga baru syarikat terutamanya Proton e.MAS 7.

Difahamkan, Proton e.MAS 7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 797 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS 7 terjual pada bulan Mac, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 1,853 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah menyifatkan jualan  bulanan PROTON meningkat sebanyak 23.9% pada bulan Mac, mengatasi pertumbuhan TIV sebanyak 12%.

“Jumlah jualan juga meningkat sebanyak 9.6% berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. 

“Ia berikutan promosi jualan agresif kami yang menawarkan nilai hebat kepada semuapembeli Proton, dan tahap perkhidmatan terbaik dalam kelasnya yang disampaikan oleh rangkaian pengedar 3S/4S di seluruh negara yang tiada tandingan,” katanya.

Sementara itu, jumlah kesemua model ICE Proton mencatatkan peningkatan di semua kategori dengan dua model terus mendahului jualan segmen pada bulan Mac.

Antaranya seperti Proton S70 dimana model ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen sedan C dengan 2,125 unit terjual, peningkatan sebanyak 77.5% berbanding Februari. 

image.png

Selain Proton S70, Proton X90 juga kekal sebagai model dominan untuk SUV segmen-D. Jualan meningkat sebanyak 73.6% pada bulan Mac kepada 302 unit.

Bagi Proton X70 pula, SUV segmen-C ini telah mengalami kebangkitan semula jualan dan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dengan 835 unit terjual pada bulan Mac, peningkatan sebanyak 11.9% berbanding Februari. 

image.pngimage.png

Untuk suku pertama 2025, jualan juga meningkat sebanyak 52% dengan 2,158 unit terjual.

Proton Saga juga  mencatatkan jualan bulanan tertinggi pada bulan Mac dengan 6,154 unit terjual, peningkatan 22.5%, sekaligus melepasi paras 6,000 unit buat pertama kali tahun ini. 

Proton Persona dan Proton Iriz, dua lagi model ICE Proton, juga mencatatkan jualan bulanan tertinggi pada bulan Mac dengan 1,482 unit dan 337 unit terjual.

Bagi operasi eksport, jumlah eksport meningkat sebanyak 211% pada bulan Mac kepada 417 unit terjual berbanding Februari. 

Hasilnya, jumlah jualan eksport kini 11.4% lebih tinggi berbanding suku pertama 2024, dengan Proton Saga menerajui penghantaran 410 unit ke pasaran luar negara pada tahun ini.


Gallery

Tag:

Proton X50
Proton S70
proton saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual

Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.

18-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026