Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kebakaran Putra Heights: Laluan ELITE Ditutup Demi Keselamatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra kini ditutup untuk semua kenderaan susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, berhampiran lebuh raya itu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, penutupan itu sebagai langkah keselamatan khususnya kepada pengguna jalan raya yang melalui dua arah laluan berkenaan. 

"Pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

image.png

"Sementara, pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield," katanya.

Untuk makluman, semua laluan masuk ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map pada ketika ini.

"Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan atau melaporkan sebarang kecemasan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya PLUS menerusi Aplikasi PLUS atau Pembantu Maya - PUTRI," katanya.

Satu kebakaran besar tercetus pagi ini susulan letupan saluran paip gas bawah tanah yang terletak berdekatan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putra Height, pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran itu membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Balai Bomba Subang Jaya yang terletak kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian terbabit, menerima maklumat pertama letupan itu pada jam 8.10 pagi.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026