Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Tangguh Label Penandaan Minyak Enjin Hingga Okt 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, kerajaan terpaksa menangguhkan penguatkuasaan perintah mempamerkan label penandaan minyak enjin kenderaan motor sehingga Oktober 2025 ini.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ada menyatakan bahawa perintah itu akan dikuatkuasakan pada 7 April namun atas beberapa kekangan teknikal, langkah itu ditangguh selama enam bulan lagi.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata keputusan dibuat selepas menerima beberapa permohonan dan maklum balas pemain industri dan persatuan berkaitan minyak enjin berhubung kekangan teknikal dalam mematuhi pelaksanaan perintah berkenaan.

image.pngimage.png

Ia terutama dalam aspek kesukaran untuk menghabiskan bekalan minyak enjin yang sudah diedar dan sedang berada di pasaran tempatan.

“Jadi kementerian bersetuju menangguhkan penguatkuasaan perintah ini selama enam bulan bermula dari tarikh penguatkuasaan asal iaitu pada 7 April 2025.

"Kementerian menggesa agar pihak industri mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan minyak enjin yang akan dijual di pasaran telah mempunyai label pematuhan yang diperakukan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM) pada 7 Okt 2025 kelak," katanya dalam kenyataan.

image.png

Sebelum ini, KPDN telah pun merangka satu perundangan khusus bagi melindungi dan mengawal selia jualan dan pengedaran minyak enjin di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Minyak Enjin Bagi Kenderaan Motor) 2024.

Di bawah perintah ini, mulai 7 April 2025, minyak enjin kenderaan motor yang dijual di pasaran tempatan diwajibkan mempamerkan label pematuhan yang diperakukan oleh SIRIM.

Azman menegaskan selepas tempoh penangguhan itu berakhir, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat pengimport, pengedar atau penjual yang menjual produk yang tidak diperaku dan tiada label pematuhan yang sah daripada SIRIM.

“Mana-mana pertubuhan perbadanan, yang disabitkan kesalahan di bawah perintah berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi individu, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.


Gallery

Tag:

KPDN
minyak enjin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemilik Kenderaan Pendaftaran Asing Dikenakan Tindakan Jika Beli RON95

Kerajaan akan menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

29-01-2026
Berita Auto

Isi Petrol Berulang, Rupanya..

Tindakan dua beradik wanita melakukan pengisian minyak petrol secara berulang akhirnya membawa padah.

17-01-2026
Berita Auto

Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai

Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.

05-01-2026
Berita Auto

Benarkan Kenderaan Asing RON95, Pengusaha Stesen Minyak Berdepan Denda RM1 Juta

Pengusaha stesen minyak diingatkan supaya tidak membenarkan kenderaan asing mengisi RON95.

04-01-2026
Berita Auto

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto

JPJ Perhalusi Syarat Tambahan Pemeriksaan Kenderaan, Salah Satu Tayar

Pelabelan tayar akan menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

14-02-2025
Berita Auto

Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan

Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan.

11-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026