Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Penduduk Harap Jalan Persiaran Harmoni Dibuka Sepenuhnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penduduk di sekitar Putra Heights, Subang Jaya berharap jalan utama Persiaran Harmoni dibuka dengan sepenuhnya bagi memudahkan mereka menghantar anak ke sekolah berdekatan.

Buat masa ini, Jalan Pesiaran Harmoni dijadikan  laluan kontra sejak Ahad lalu. Susulan itu, laluan kontra  menyebabkan kesesakan terutama ketika waktu puncak.

Namun bagi mengelak kesesakan, kebanyakan penduduk sanggup membuat pusingan jauh hingga ke Pesiaran Klang semata-mata untuk menghantar anak ke Sekolah Menengah USJ 23.

Seorang penduduk, Sheila Omar, 37, mengakui dia terpaksa membuat pusingan jauh semata-mata untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah.

image.png

“Sebelum ini, jika mengggunakan Persiaran Harmoni, tak sampai 10 minit dah sampai sekolah anak. Sekarang sampai 40 minit sebab jauh kena pusing,” katanya yang menetap di Putra Avenue.

Seorang lagi penduduk di Jalan Putra Perdana, Putra Heights, Muhammad Sharban Din, 47, turut mengeluh berikutan penutupan jalan utama itu.

image.png

“Kebanyakan penduduk Putra Heights sememangnya menggunakan Jalan Persiaran Harmoni untuk ke Puchong atau Subang Jaya. 

Sejak laluan Persiaran Harmoni dijadikan laluan kontra, kami sanggup membuat pusingan yang jauh untuk mengelak kesesakan,” ujarnya,

Pada Ahad lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pelaksanaan sistem aliran kontra (contra flow) dilaksanakan di Jalan Persiaran Harmoni sehingga selesai Operasi Gas di lokasi kejadian.

Laluan terbabit melibatkan kawasan di hadapan khemah Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), dari arah Kingsley menghala ke Petronas.

Tinjauan Carz.com di lokasi turut mendapati tiada sebarang kesesakan di laluan kontra setakat 3 petang tadi.

Bagaimanapun, laluan berkenaan dipenuhi dengan anggota keselamatan dan pasukan beruniform lain termasuk pihak media.


Gallery

Tag:

Letupan Gas Putra Heights
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026