Link Copiedcheck_circle
EV

Mulai Julai 2025: 8 Bas Elektrik Bernilai RM11.2 Juta Akan Diguna

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Nampaknya, Kelantan akan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang menggunakan bas elektrik mulaiJulai ini.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, berkata sebanyak lapan buah bas elektrik akan digunakan membabitkan kos RM11.2 juta.

Bas henti-henti berkenaan akan berkhidmat di empat laluan sekitar Kota Bharu.

"Bas elektrik yang pertama di Pantai Timur akan dikendalikan Konsortium E-Mutiara dan tambang bas adalah sama dengan bas henti-henti yang lain.

image.png

"Insya-Allah kita jangka menerima bas berkenaan Julai ini dan terus beroperasi pada bulan berkenaan," katanya.

Pada masa sama, Che Ibrahim berkata, pihaknya memerlukan 50 pemandu bas termasuk pemandu bas wanita bagi bas henti-henti yang dikenali sebagai Bas.My.

"Setakat ini kita mempunyai 40 pemandu bas lelaki dan kini memerlukan 50 pemandu lagi termasuk 20 pemandu wanita.

"Ini kerana jumlah bas henti-henti bertambah iaitu daripada 27 kepada 43 buah bas. Malah tujuan utama kita mahu pemandu bas wanita juga bagi memastikan operasi bas pada hari Jumaat tidak tergendala dan pemandu bas lelaki dapat menunaikan Solat Jumaat,” katanya.

Sehubungan itu, mereka yang berusia bawah 50 tahun boleh membuat permohonan untuk mengisi jawatan pemandu bas berkenaan.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026