- Berita
- Berita Auto
- Northport Lancar Program Latihan Untuk Pemandu Lori Kendalikan EV Di Pelabuhan
Northport Lancar Program Latihan Untuk Pemandu Lori Kendalikan EV Di Pelabuhan

Northport, CLLB dan KLX melancarkan Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang, Selangor semalam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Program latihan itu merupakan usaha untuk memperkukuhkan ekosistem kenderaan elektrik (atau EV) di negara ini. Perkara itu turut diakui Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, sebagai salah satu pintu masuk utama negara, Pelabuhan Klang memainkan peranan besar dalam menerima kemasukan kenderaan, termasuk EV yang semakin meningkat di pasaran tempatan.
Pemandu kenderaan pengangkut kereta atau “car-carrier” adalah antara pemain utama dalam rantaian logistik ini. Mereka adalah individu pertama yang mengendalikan kenderaan EV sejurus iatiba dari kapal.

"Oleh itu, adalah perlu dan penting untuk kita membekalkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai pengendalian, pengangkutan dan langkah kecemasan berkaitan EV.
"Saya teruja apabila dimaklumkan bahawa program ini bukan sahaja merangkumi aspek teori, tetapi turut melibatkan latihan praktikal, termasuk memahami risiko ‘thermal runaway’, status bateri, teknik pemuatan yang betul sehinggalah kepada amalan pemanduan selamat," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

