Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta untuk Program Pendidikan Teknikal Toyota (T-TEP) sekali gus melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi di seluruh negara.

Untuk itu, UMW Toyota melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh pembangunan modal insan negara apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluaskan program tersebut.

Majlis yang diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur menghimpunkan pemimpin dari Kementerian Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan institusi swasta terkemuka dalam usaha bersama untuk memperkasakan landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Sejak dilancarkan pada tahun 1991, T-TEP telah berkembang pesat menjadi satumodel kerjasama industri-pendidikan.

Kini, program ini  merangkumi 25 institusi rakan Kongsi dimana setiap institusi ini telah diberikan silibus latihan bersepadu Toyota selain dilengkapi dengan peralatan canggih, termasuk simulator enjin hibrid dan elektrik.

image.png

Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor. Mohd Shamsor Mohd Zain menyifatkan  “T-TEP bukan hanya sekadar melatih pelajar untuk mengisi peranan asas dalam industry tetapi ia adalah gerbang kepada dunia sebenar yang mempersiapkan mereka untuk menjadi pemimpin masa hadapan dalam bidang automotif,

“Melalui program ini, kita melihat bagaimana pihak industri boleh berganding bahu secara aktif dalam membentuk barisan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing, selari dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030," katanya.

image.png

Untuk makluman, terdapat lebih 100 pusat servis dan tiga kilang pembuatan di seluruh negara, sekali gus menjadikan UMW Toyota tampil sebagai pemangkin kepada pembelajaran praktikal yang berimpak tinggi.

Dengan peluasan T-TEP, UMW Toyota mengukuhkan peranannya sebagai rakan strategik negara yang proaktif. Ini bermakna UMW bukan sekadar pemain industri, tetapi sebagai pemangkin pembangunan masa depan.

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Toyota Technical Education Program (T-TEP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026