Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek LRT Laluan Mutiara, Sudah Dapat Kelulusan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MRT Corp. mengesahkan pihaknya telah mendapat kelulusan awal bagi memulakan projek LRT Laluan Mutiara pada 15 April lalu.

Selain itu, MRT Corp juga telah mencapai kemajuan yang ketara dalam proses pengambilan tanah, setelah mendapat akses kepada 86 bidang tanah setakat ini.

Ia  diwartakan Seksyen 8 di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

image.png

“Ini merupakan kemajuan sepanjang tiga bulan lalu, lebih awal daripada tarikh sasaran Oktober 2025, sekali gus membentuk satu peristiwa penting dalam mengekalkan projek di landasan yang betul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, SRS Consortium Sdn Bhd (SRS), Kontraktor Utama Awam yang dilantik untuk Pakej 1 telah berusaha untuk memenuhi beberapa syarat pasca anugerah yang digariskan dalam kontrak.

Notis rasmi untuk Meneruskan (NTP) hanya boleh dikeluarkan kepada SRS setelah syarat-syarat ini dipenuhi dengan memuaskan.

image.png

“Sebagai kontraktor awam reka bentuk dan binaan untuk Pakej 1, SRS perlu memuktamadkan reka bentuk dan pembinaan lukisan untuk struktur sivil dalam skop projek selepas pengeluaran NTP.

“Satu lagi aspek kritikal kerja pra-pembinaan ialah penempatan semula utiliti, yang mesti disiapkan sebelum mana-mana stesen atau aktiviti pembinaan berkaitan jejambat boleh dilaksanakan,” ujarnya.

Sehubungan itu, MRT memberi jaminan kepada orang ramai bahawa Projek LRT Laluan Mutiara kekal pada landasan dan mengikut jadual.

Gallery

Tag:

MRT corp
Laluan Mutiara Pulau Pinang
LRT Laluan Mutiara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jangan Naik Kereta Kalau Nak Tengok Ambang Merdeka

Kalau nak elak sangkut jam berjam, naiklah pengangkutan awam.

30-08-2023
Berita Auto

LRT Pulau Pinang Tidak Sama Seperti Kelana Jaya, Lebih Fleksibel

Kerajaan Pulau Pinang dan MRT Corp sedang meneliti sistem 'low to medium-capacity' untuk Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang.

31-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026