Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Terminal Feri Bakal Sesak Mulai Khamis Ini Sempena LIMA 25

Suhana Veru

19-5-2025

Kongsi melalui

image.png

Perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis dijangak sesak bermula pada Khamis ini memandangkan orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke Langkawi sempena  Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) .

Untuk makluman, LIMA 25 akan bermula esok sehingga Sabtu ini.

image.png

Susulan itu, kedua-dua terminal feri itu dijangka hanya sesak mulai Khamis ini berikutan pameran dibuka untuk orang awam pada Jumaat dan Sabtu ini.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, berkata setakat ini jumlah tiket dalam sistem penjualan sebanyak 113,000 dengan 60,000 tiket sudah terjual.

"Setakat hari ini, sehingga bermulanya LIMA'25 esok, Ferry Line berharap tiada sebarang masalah yang bakal berlaku.

"Terkini Ferry Line sudah pun menambah 122 trip tambahan berdasarkan jumlah permintaan penjualan tiket yang semakin menggalakkan dan mendapat sambutan.

"Ferry Line akan menambahkan lagi trip tambahan sekiranya berlaku permintaan di luar jangkaan," katanya.

Difahamkan, Ferry Line juga turut melanjutkan perkhidmatan trip tambahan sehingga jam 10 malam untuk trip kedua-dua hala, Langkawi ke Kuala Perlis dan Langkawi ke Kuala Kedah.

Gallery

Tag:

Jeti Kuala Perlis
Jeti Kuala Kedah
LIMA 25
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
RON95 Hanya Untuk Kita, Kerajaan Bakal Perketat Jualan RON95 Kepada Warga Asing

RON95 Hanya Untuk Kita, Kerajaan Bakal Perketat Jualan RON95 Kepada Warga Asing

Kerajaan akan perketat penjualan RON95 kepada warga asing menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tahun ini.

27-05-2025
Berita Auto
Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah

Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah

Kerajaan sudah memutuskan untuk menggunakan dalam pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dibuat tidak lama lagi.

27-05-2025
Berita Auto
Tular:  Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu

Tular: Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu

Kelewatan syarikat pengendali mengemukakan permohonan permit kepada APAD menjadi punca lima laluan bas henti-henti Smart Selangor terjejas.

27-05-2025
Berita Auto
Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ

Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ

Bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia.

26-05-2025
Berita Auto
MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas

MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas

MBSA memperkenalkan inisiatif parkir percuma atau ‘Golden Parking untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, baru-baru ini.

26-05-2025
Berita Auto
Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini

Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini

Selepas 10 tahun, BMW Group Malaysia menganjurkan semula pameran My BMW World 2025, bermula 13 hingga 15 Jun ini di The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur.

26-05-2025
Berita Auto
IJM: Bakal Laksanakan Projek Sambungan NPE Pada Tahun Ini

IJM: Bakal Laksanakan Projek Sambungan NPE Pada Tahun Ini

IJM menerima projek utuk melaksanakan kerja-kerja sambungan Lebuhraya NPE serta penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada.

26-05-2025
Berita Auto
Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025