Link Copiedcheck_circle
EV

Alpine A390 Didedah, Ada 3 Motor Elektrik, Jarak Gerak 555KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama kereta sport dari Perancis, Alpine mendedahkan crossover elektrik pertamanya, Alpine A390, baru-baru ini.

Ia sudah pun diperkenalkan dalam bentuk kereta konsep pada tahun lalu  namun  crossover fastback EV kini tampil  dengan beberapa ciri reka bentuk daripada coupe A110 selain  menampilkan konfigurasi tiga motor. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 436 hp.

Berdasarkan luarannya, model produksi A390 masih mengekalkan banyak elemen daripada konsep A390_β, dimana ia hadir  dengan gabungan gaya badan crossover dan coupe fastback jenis rendah. 

image.pngimage.png

Sebaliknya, penampilan A390 masih kelihatan radikal, walaupun mengikut standard EV.

Selain itu, ia hadir dengan  lampu LED jenis penuh di hadapan dan belakang, ada aksen segitiga  pada bampar depan, garis bumbung gaya fastback, serta bahagian sisinya diinspirasikan daripada A110.

image.pngimage.png

Bagi varian tertinggi A390 GTS, ia dilengkapi dengan  rim 21-inci (berbanding 20-inci standard), angkup brek berwarna merah dengan jenama Alpine, lencana GTS eksklusif, dan beberapa ciri lain

image.png

Dari segi dimensi, A390 baharu ini setanding dengan crossover SUV kompak lain di pasaran. 

Ia berukuran 4,615 mm panjang, 1,885 mm lebar, 1,532 mm tinggi, dan jarak roda 2,708 mm. Pesaing terdekatnya adalah   Porsche Macan Electrik baharu, termasuk varian Turbo berprestasi tinggi.

Untuk makluman, ia dianggap  sebagai model Alpine paling praktikal setakat ini memandangkan kabinnya agak futuristik. Malah,  A390 menggabungkan fungsi dan gaya sporty, dengan pelbagai elemen teknologi moden. 

image.pngimage.pngimage.png

Jika melihat bahagian papan pemukanyam  A390 menggunakan susun atur papan pemuka yang sama seperti Renault Megane E-Tech, kerana adanya  kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh bersaiz 12-inci.

Walaupun reka bentuk papan pemuka berasal daripada Renault, A390 tetap memiliki sentuhan eksklusif Alpine, seperti stereng dengan logo Alpine dan suis gaya F1 untuk kawalan brek regeneratif serta pemilih mod pemanduan, bahan kemasan premium, manakala kerusi depannya jenis bucket seat yang dibaluti dengan kulit Nappa.

Antara kelengkapan lain yang ada pada model ini ialah   sistem audio Devialet dengan 13 pembesar suara manakala  ruang butnya adalah sebesar 532 liter.

image.pngimage.png

Selain papan pemuka, A390 juga menggunakan platform AmpR Medium sama seperti Megane E-Tech, namun dinaik taraf  untuk memenuhi karekteristik sportynya.

image.pngimage.png


Mengenai trenkuasa, A390 dilengkapi dengan tiga motor elektrik dimana   dua motor dipasang di belakang dan satu di hadapan, serta dipadankan dengan sistem Active Torque Vectoring milik Alpine. 

Bagi varian biasa Alpine A390 GT, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 396hp manakala  varian GTS mampu menjana kuasa sehingga 463 HP dan tork 808 Nm.

Jadi, ia adalah antara model Alpine paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini.

image.png

Difahamkan, A390 GTS mampu memecut 0-100 km/j dalam masa  3.9 saat sebelum mencapai had laju maksimum 220 km/j. Ia juga mempunyai fungsi "overtake" yang memberikan lonjakan kuasa selama 10 saat, dengan tempoh penyejukan 30 saat.

Semua varian A390 menerima kuasa daripada pek bateri lithium-ion berkapasiti 89-kWh. Menurut syarikat, model ini mampu memberi jarak sehingga 555 km mengikut standard WLTP. 

Mengenai pengecasan,pengecasan DC mencapai maksimum 190 kW, dan terdapat juga pengecas AC 22 kW pilihan selain pengecas standard 11 kW.

image.png

Alpine A390 serba baharu dijangka akan memasuki pasaran Eropah menjelang suku keempat tahun ini, sebelum diperkenalkan ke pasaran luar termasuk AS bermula tahun 2026.

Harga rasmi masih belum didedahkan tetapi ada desas-desus mengatakan bahawa ia akan dijual sekitar £60,000 (RM344,090) untuk varian GT manakala 70,000 (RM401,438) untuk GTS, dimana harganya dilihat setara dengan Porsche Macan Electric.


Gallery

Tag:

Alpine A390 Fastback EV Crossover
Alpine
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Didedah: Alpine A290, Sebuah EV Berprestasi Tinggi, Direka Untuk Pelanggannya Yang Mahu Berlumba?

Alpine memperkenalkan kereta lumba elektrik pertamanya, Alpine A290 Rally yang direka khusus untuk perlumbaan buat pelanggan yang berminat untuk menyertai perlumbaan rali di Perancis.

04-07-2025
Berita Auto

Syarikat Perancis, Alpine Car Lancarkan Kereta Konsep Kripto Pertama

Pengeluar kereta lumba yang berpangkalan di Perancis, Alpine Car, mengeluarkan kereta konsep baharu.

30-12-2021
Berita Auto

Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110

Alpine A110 ditayangkan dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.

24-08-2021

Berita Terkini

EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
EV

Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang pertama di ASEAN, baru-baru ini.

17-11-2025
EV

EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perodua berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik pertama mereka di kilang Tan Chong Motor.

16-11-2025
EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025