Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bakal Pengantin Maut Kemalangan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang pengantin perempuan menemui ajal selepas kereta yang dinaiki Bersama tunangnya terbabit kemalangan di Kilometer 93.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) , Batu Pahat, Johor, pagi tadi.

Siti Nur Syamira Samsol, 28, yang sepatutnya menjadi raja sehari Sabtu ini, meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama tunangnya, Muhammad Aiman Abdul Rashid, 30, terlibat dalam kemalangan terbabit.

Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya, Zainab Sakardi, 61, di Kampung Benaung, Mersing bagi membuat persiapan serta majlis tahlil bapanya, Samsol Ismail, esok sebelum majlis persandingan berlangsung.

image.png

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026