Link Copiedcheck_circle
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

CATL telah menjadi syarikat pertama yang memenuhi piawaian keselamatan bateri nasional baharu China yang diumumkan pada 28 Mac 2025 lalu dengan mengesahkan bahawa bateri tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman (thermal runaway).

Piawaian wajib ini akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2026.

Ini bermakna, versi baharu  menetapkan bahawa bateri  tidak boleh meletup atau terbakar, malah asap yang terhasil tidak boleh membahayakan penumpang di dalam kenderaan.Sebelum ini,  piawaian menetapkan, hanya amaran awal dikeluarkan sebelum berlakunya kebakaran atau letupan.

Bagi  mematuhi peraturan, bateri yang dihasilkan mesti lulus ujian yang lebih ketat termasuk ujian hentakan dari bawah dan ujian pengecasan pantas sebanyak  300 kitaran  di mana tidak boleh berlaku sebarang insiden kebakaran atau letupan semasa ujian litar pintas.

Susulan itu, CATL ada mengesahkan pada 29 April lalu bahawa bateri Qilin mereka dalam konfigurasi sel dan pek bateri telah melepasi ujian baharu ini. 

image.pngimage.png

Bateri Qilin, yang diperkenalkan pada tahun 2022, merupakan bateri generasi ketiga sel-ke-pek (CTP) syarikat itu yang menampilkan kecekapan ruang sebanyak 72% dan kepadatan tenaga sehingga 255 Wh/kg. Ia juga menawarkan struktur yang diperkukuh untuk ketahanan yang lebih baik terhadap haba dalaman. 

Keputusan ujian CATL telah disahkan oleh China Automotive Technology & Research Center (CATARC), sebuah agensi pihak ketiga terkemuka di China yang bertanggungjawab dalam ujian produk dan penilaian keselamatan kenderaan C-NCAP.


image.png


 Malah, CATL turut mengumumkan bahawa mereka akan terus memajukan keselamatan bateri melalui inovasi berterusan – dengan penekanan pada  penyebaran haba, perlindungan kemalangan, dan keselamatan  terhadap pengecasan pantas

Pemenuhan piawaian kebangsaan yang baharu lebih setahun lebih awal mengukuhkan lagi kedudukan CATL sebagai peneraju pasaran dalam bidang teknologi bateri. Bateri yang dihasilkan oleh CATL kini menjana kuasa untuk lebih 18 juta kenderaan di seluruh dunia termasuk jenama seperti Zeekr, Xiaomi, Li Auto, Avatr, Lotus dan Tesla.

Gallery

Tag:

CATL (Contemporary Amperex Technology Co.)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ford Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran Bateri EV Di AS Dengan Rakan Kongsi China, CATL

Ford Motor Co. (Ford) dan Contemporary Amperex Technology Co Ltd. (CATL) dikhabarkan sedang merancang untuk membina sebuah kilang bateri.

13-02-2023
EV

Chery, CATL Jalin Kerjasama, Ada Pelbagai Rancangan Untuk Dibangunkan

Chery Group telah menjalinkan bekerjasama dengan Contemporary Amperex Technology Co., Limited. (CATL) bagi membangunkan produk, perdagangan, promosi pasaran dan sumber maklumat komersial.

09-01-2023

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026