Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ

Suhana Veru

Kongsi melalui

Suzuki_PJ_Flagship_Showroom_Launch-6.jpg

Naza Auto melalui anak syarikat milik penuhnya, Naza Eastern Motors melancarkan bilik pameran pertama Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ia terletak secara strategik bersebelahan dengan NAZA Auto Mall di Petaling Jaya dimana  bilik pameran seluas 5,000 kaki persegi itu mencerminkan tumpuan NAZA Auto terhadap inovasi berorientasikan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Suzuki_PJ_Flagship_Showroom_Launch-2.jpg

Bagaimanapun, bilik pameran itu menggabungkan identiti korporat dan reka bentuk terbaharu Suzuki, menampilkan zon yang penuh warna selain kaunter perkhidmatan khusus di dalam bilik pameran serta terdapat juga  sudut kanak-kanak.

Sementara itu, Pengerusi NAZA Auto, Datuk Jasmy Ismail, berkata pelancaran itu menggambarkan visi lebih luas syarikat dalam mempersiapkan perniagaan menghadapi masa depan.

“Bilik pameran utama ini adalah tentang transformasi NAZA Auto menjadi sebuah kumpulan automotif yang memberi fokus kepada pelanggan.

Suzuki_PJ_Flagship_Showroom_Launch-9.jpgSuzuki_PJ_Flagship_Showroom_Launch-1.jpg

"Ia mencerminkan  strategi kami dalammemberi tumpuan kepada segmen teras berimpak tinggi untuk kekal sebagai salah satu jenama paling dipercayai dan dinamik untuk ruang mobiliti kompak dan urban," katanya.

Beliau berkata, bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab utama jenama itu.

"Ketika kami meraikan pembukaan penting ini, NAZA Auto yakin terhadap potensi pertumbuhan industri automotif Malaysia, terutamanya dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV)," ujarnya.

Sempena pelancaran ini, pelanggan berpeluang menikmati promosi eksklusif pertengahan tahun dan program kesetiaan yang direka untuk menghargai pemilik Suzuki baharu dan sedia ada.


Tag:

Naza Auto
Suzuki
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Naza Auto Sedia Pengecas EV di Seluruh Negara Bersama Gentari

Naza Automotive Holdings Sdn Bhd (Naza Auto) kini bekerjasama dengan syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari).

19-04-2024
Global

Suzuki Minta Maaf Sebab Terpaksa Tangguh Tempahan Suzuki Jimny 5-Pintu, Ada Sebabnya

Orang Jepun suka Suzuki Jimny 5-Pintu sampai pihak syarikat terpaksa menangguhkan tempahan.

06-02-2025
Berita Auto

Suzuki Luaskan Jejak Bermula Tahun Ini – Enam Lokasi Baharu, Penang Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd, merancang untuk memperluaskan rangkaian cawangannya di seluruh negara tahun ini.

25-01-2025
Global

Bekas CEO Suzuki Meninggal Dunia – Berkhidmat Sejak 1958, Ini Sumbangan Besar Osamu Suzuki...

Dunia automotif dikejutkan dengan berita pemergian Osamu Suzuki, bekas pemimpin Suzuki Motor Corporation (Suzuki), yang meninggal dunia pada Hari Krismas.

31-12-2024
Berita Auto

JPJ Panggil Balik: Honda, Suzuki (Motosikal), Toyota dan Mercedes-Benz

JPJ membantu pengeluar kenderaan dengan memanggil balik (recall) beberapa model kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan kenderaan.

11-09-2024
Global

Jualan Kurang Laris, Jadi Terpaksa Tutup Kilang

Suzuki Motor akan menutup kilangnya di Thailand pada tahun depan.

10-06-2024
Global

Hanya Ada 500 Unit, Jadi Mahal Sedikit

Hanya 500 unit dihasilkan.

17-05-2024
Global

Suzuki Swift Tiba Di Eropah

Suzuki Swift bakal dijual di pasaran Eropah bermula tahun depan.

08-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026