- Berita
- Berita Auto
- Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat
Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat
Cadangan penswastaan Lebuhraya Laluan Istana-Kiara (LIKE) dan Lebuhraya Kampung Baru Link (KBL) oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.
Syarikat itu berkata, di bawah Fasa 1 projek LIKE, kerajaan dan anak syarikat milik penuhnya, Lebuhraya DUKE Fasa 2A Sdn Bhd (LDF2A), akan meneruskan pemeteraian perjanjian konsesi selepas ia disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Sementara bagi Fasa 2 projek KBL, Ekovest berkata Unit Perkongsian Awam Swasta (UKAS) akan memuktamadkan syarat penting dalam konsesi dengan kementerian atau agensi berkaitan dan LDF2A menjelang 31 Disember 2026.
"Syarikat akan membuat pengumuman yang sewajarnya kepada Bursa Malaysia apabila terdapat sebarang perkembangan mengenai projek yang dicadangkan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Notis terbaharu itu dikeluarkan berikutan pengumuman syarikat bertarikh 17 Januari 2017 mengenai cadangan penswastaan Istana Link, Kampung Baru Link dan Lebuhraya Kapar Link.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari