Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua

Suhana Veru

7 hours ago

Kongsi melalui

image.png

Ketika Press Day Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) pada minggu lalu, kami ada menggasak beberapa soalan  kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, mengenai ketibaan model hibrid akan datang iaitu D66B atau ‘Nexis’.

Sebaliknya, jawapan yang kami terima agak mengejutkan. 

“Tahun ini, kami tidak akan melancarkan sebarang model hibrid baharu,” katanya ringkas kepada wartawan.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa tumpuan Perodua kini hanya  kepada pembangunan model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama itu  yang masih belum dinamakan secara rasmi.

EV tersebut telah dipamerkan di MAS 2025 dalam bentuk ‘prototaip akhir’, namun hanya dalam bentuk half cut. Bahagian luar separuh kereta itu juga dicat dengan warna hitam semata-mata untuk g menyerap cahaya bagi menyembunyikan bentuk crossover baharu EV tersebut.

image.pngimage.pngimage.png

EV pertama Perodua ini dijangkakan akan dikeluarkan ada hujung tahun di bawah bawah RM80 ribu dengan cara sewa bateri (BaaS). 

Untuk makluman anda, BaaS merupakan usaha sewaan bateri EV pertama di pasaran tempatan manakala skim nilai masa depan terjamin menjanjikan nilai jual semula EV ini akan terjamin.

Berbalik kepada model hybrid, , nampaknya rancangan Perodua  untuk memperkenalkan versi mereka bagi Toyota Yaris Cross telah ‘ditangguhkan’, dan kami menjangkakan penangguhan ini akan berlanjutan sekurang-kurangnya setahun lagi.

image.pngimage.png

Malah,  sumber dalaman daripada UMW Toyota Motor (UMWT) yang kami terima sebelum ini, Malaysia juga tidak akan melihat kemasukan crossover kompak Toyota Yaris Cross ke pasaran tempatan melalui syarikat tersebut dalam tahun ini.

Walaupun ini mungkin berita yang mengecewakan bagi sesetengah pihak,  namun ketibaan Toyota Yaris Cross versi elektrik sama ada di bawah jenama Toyota atau Perodua mungkin mencerminkan perubahan dari segi permintaan daripada pembeli  berpendapatan rendah di Malaysia. 

Perkara ini turut dapat dilihat semasa MAS 2025 melalui pratonton Proton e.MAS 5 oleh PRO-NET, serta penampilan pertama EV TQ Wuling Bingo pemasangan tempatan (CKD) oleh Tan Chong Motor Holdings (TCM).

Selain EV Perodua yang masih belum dinamakan itu, ketiga-tiga model EV ini nampaknya akan bersaing sengit untuk menarik minat kumpulan pembeli yang sama .

Apatah lagi dengan jaminan sebagai EV mampu milik yang dihasilkan secara tempatan dan berharga di bawah RM100,000. 

image.pngimage.png

Buat masa ini, model EV peringkat permulaan seperti BYD Dolphin oleh BYD Sime Motors, serta Dongfeng Box yang ditawarkan oleh  CADB, kedua-duanya dijual pada harga bermula RM100,000 ke atas sebelum rebat dan diskaun.

Gallery

Tag:

Perodua D66B Nexis
Perodua
EV Perodua
Perodua D668
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

14-02-2025
Berita Auto

18-06-2024
Berita Auto

19-02-2024
Berita Auto

23-11-2023
EV

13-05-2025
Berita Auto

13-05-2025
EV

08-05-2025
Berita Auto

18-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Bermula 15 Mei

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 15 Mei hingga 21 Mei depan.

14-05-2025
Berita Auto

Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua

Ketibaan D66B atau ‘Nexis’ ditangguh lagi.

14-05-2025
Berita Auto

Kes Langgar Gajah, Kali Ini Di JB-Mersing

Mujur, pasangan suami isteri dan gajah yang dilanggar selamat.

14-05-2025
Berita Auto

Kes Anak Gajah Mati Dirempuh Lori: KKR Arah Semak Semula Lokasi Lintasan Hidupan Liar

KKR akan mengarahkan semakan semula supaya tindakan lanjut boleh diambil.

14-05-2025
Berita Auto

Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!

TPAD kecewa berhubung arahan MOT yang meminta dua penyedia e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi memandangkan pekerjaan itu adalah punca pendapatan bagi pemandu di luar bandar.

14-05-2025
Berita Auto

Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K

Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.

14-05-2025
Berita Auto

Subsidi Bersasar RON95: Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Semasa

Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

13-05-2025
Berita Auto

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025