Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

Itu kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

“Sekiranya berlaku kemalangan, atau kerosakan kenderaan disebabkan kerosakan jalan raya, pengguna boleh buat tuntutan kepada pihak konsesi yang bertanggungjawab menyelia laluan tersebut.

“Kaedahnya adalah dengan mengambil gambar kemalangan atau kerosakan kenderaan, gambar kerosakan jalan raya, sertakan butiran lokasi, waktu, laporan polis serta resit-resit berkaitan kejadian tersebut," katanya.

Bagi surat rasmi, ia boleh dibuat dan disampaikan kepada pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

image.png

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 49 tahun menerima ganti rugi sebanyak RM721,000 akibat kecederaan yang dialami selepas motosikalnya merempuh jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai, tiga tahun lalu.

Pada 11 Februari 2021, Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai pada kira-kira jam 10 malam, apabila terlanggar jalan berlubang di permukaan jalan berkenaan mengakibatkan plaintif terjatuh dan cedera.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am.

Gallery

Tag:

PDRM MALAYSIA
Jalan berlubang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

10-07-2025
Berita Auto

Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.

25-05-2025
Berita Auto

9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak

Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.

13-05-2025
Berita Auto

Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!

Pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah terbabit.

18-12-2024
Berita Auto

Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,

19-11-2024
Berita Auto

Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam

Sebuah kereta Proton Saga kemek teruk gara-gara dirempuh kereta pengiring VIP.

18-11-2024
Berita Auto

Lori Kontena Terbalik, 1 Maut, Ini Kemalangan Maut Kedua Babit Lori Kontena

Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah lori kontena terbalik

15-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto