Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: MGS5 Sudah Didedah, Harga Anggaran Cuma RM115K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas mengumumkan harga anggaran bermula dari RM115,000 untuk MGS5 EV, MG Motor Malaysia kini menawarkan pakej eksklusif awal sempena Malaysia Autoshow 2025.

Pelanggan yang membuat tempahan MGS5 EV semasa Malaysia Autoshow dengan bayaran yuran tempahan RM500 akan layak untuk pakej early bird eksklusif. 

Pakej ini menawarkan penjimatan luar biasa memberikan nilai tambahan kepada penyokong awal sebelum harga rasmi diumumkan. 

Selain itu, pelanggan awal juga akan menerima pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma 1 bagi memudahkan pengecasan di rumah.

image.pngimage.png

MGS5 EV akan ditawarkan dalam dua varian – COM dan LUX.

Varian COM hadir dengan pilihan bateri 49kWh atau 62kWh, masing-masing memberikan jarak WLTP sehingga 340km dan 430km.

Bateri 62kWh adalah standard untuk varian LUX, yang juga menawarkan jarak sehingga 430km. Semua varian dilengkapi dengan tork 170PS dan 250Nm disalurkan melalui konfigurasi Pacuan Roda Belakang (RWD) yang menjadi pilihan unik dalam segmennya serta sokongan pengecasan 7kW AC.

Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 26 minit.

Selain itu, varian ini menawarkan pengalaman pemanduan premium dengan ciri-ciri seperti roda aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik dan  tempat duduk fabrik kulit dengan logo MG.

Antara kelengkapan lain ialah  tempat duduk pemandu boleh laras secara berkuasa, hadir dengan stereng kulit dengan sistem penghangat, pad pengecasan telefon tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu belakang berkuasa, dan terdapat kamera pandangan sekeliling 360 darjah.

image.png

Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri.

Ia juga didatangkan dengan fungsi   Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara, instrumen digital 10.25 inci dan sistem sambungan MG iSMART.

Ruang butnya pula  seluas  1,441 liter .

image.pngimage.png

Direka dengan susun atur bateri mendatar ultra nipis, MGS5 EV memaksimumkan ruang dalaman sambil mengekalkan pusat graviti yang rendah, menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya. Sistem kawalan tekanannya dikatakan dapat  mengurangkan pengembangan sel bateri seterusnya meningkatkan keselamatan dan jangka hayat bateri.

Apapun, pelanggan yang membuat tempahan untuk MG Cyberster akan menerima pakej Pengecasan Tanpa Had selama satu tahun dengan JomCharge, yang merangkumi fungsi Pengecasan Auto, pengecas AC Wallbox 7kW percuma 2 , serta model diecast MG Cyberster edisi terhad eksklusif 3 .

image.pngimage.png

Pengunjung juga berpeluang menikmati rebat RM5,000 untuk MG5 dan MG HS, atau memilih pemilikan fleksibel MG4 dengan ansuran bulanan serendah RM974. Semua tempahan yang dibuat semasa Pameran Auto Malaysia juga akan menerima hadiah percuma .

Sebagai makluman, MGS5 EV  ditawarkan dalam lima warna pilihan: Putih, Perak Monumen, Kelabu Camden, Merah Dinamik, dan Elegant Latte.

Kunjungi ruang pameran MG (Dewan A02) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 9 hingga 15 Mei 2025, dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Gallery

Tag:

MGS5 EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

04-03-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026