Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Panjat Bumbung Kereta: Polis Sudah Tahan Dua Pelaku

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua lelaki warga asing yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat bumbung sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), kelmarin, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Terdahulu media melaporkan, polis menahan dua lelaki memanjat bumbung kenderaan yang sedang bergerak di LDP.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan penumpang kenderaan terbabit, manakala pemandu tidak terlihat dalam aksi tersebut.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemandu berkenaan pulang ke Tajikistan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati lelaki pertama yang memanjat bumbung telah masuk semula ke dalam kenderaan melalui tingkap bahagian belakang, sebelum seorang lagi individu turut melakukan aksi sama dari tempat duduk belakang.

Norhizam menegaskan, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan serius kerana membahayakan nyawa sendiri serta keselamatan pengguna jalan raya lain.


Gallery

Tag:

Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sentuhan Ikhlas: Guna MyDebit Bantu B40

Sentuhan Ikhlas: Guna MyDebit Bantu B40

Kempen ‘Sentuhan Ikhlas’ dilancar untuk meringankan beban B40.

25-09-2024
Berita Auto
Lembu Sesat, Myvi Rosak

Lembu Sesat, Myvi Rosak

Sebuah Myvi rosak gara-gara terlanggar seekor lembu di LDP, semalam.

17-06-2024
Berita Auto
Kadar Tol Di KESAS, Sprint, SMART, LDP dikekalkan Untuk 10 Tahun

Kadar Tol Di KESAS, Sprint, SMART, LDP dikekalkan Untuk 10 Tahun

Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) mengesahkan pihaknya tidak akan menaikkan kadar di empat lebuh raya.

04-04-2024
Berita Auto
Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol

Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol

Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) sudah bermula di 12 lebuhraya utama .

08-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026